Saturday 21 May 2011

~KeNaPa UmaT IsLam DiTiNdaS.???

 PetiKAN dari Blog Keretamayat.......

… terdapat banyak gambar gambar mangsa perang Lubnan yang di tampal merata riti.., gambar mayat berkecai, kepala bersepai, perut terburai menghiasi dinding bilik fotostat…, hati mana yang tak tersentuh melihat mayat wanita dan kanak kanak yang mengerikan akibat di bedil, di bom dan sebagainya..?

Laku timbul soalan?

Kenapa Allah tidak membantu mereka? Kenapa Ummat islam sentiasa di tindas?

Nota: Soalan yang membuatkan sebahagian orang islam menjadi murtad…, dan ramai orang kapir tak nak murtad (ugama mereka)

BACK TO THE FUTURE

Hari itu tiada azan subuh kedengaran, yang ada hanya bunyi tembakan dan ledakkan senjata, kemudian kelihatan sebuah Lori Tentera sedang bergerak laju dalam kedinginan kabus pagi, Oleh kerana jalan yang tidak rata dan banyak bonggol, kelihatan lori itu seperti melompat-lompat dan terhuyung hayang, sehinggalah ianya berhenti di hadapan sebuah masjid.

Apabila melihat dua lelaki yang berpakaian tentera turun dari lori, barulah di ketahui bahawa, ‘jalan yang tidak rata’ dan ‘banyak bonggol’ itu rupanya adalah timbunan mayat manusia, dan di hadapan masjid itu juga bergelimpangan mayat manusia yang di bunuh kejam, dari dalam masjid keluar beberapa lagi tentera dengan senjata lengkap, salah seorang dari mereka memegang sebatang tongkat yang cantik ukirannya, oh, itu rupanya tongkat yang biasa di pegang oleh imam setiap kali berkhutbah juma’at!!..

Kemudian, tentera itu melontarkan tongkat mimbar masjid itu ke belakang lori tadi, kelihatan di dalam lori itu telah di penuhi oleh tongkat mimbar dari masjid-masjid yang lain, ada berbagai bentuk dan ukiran, ada yang di perbuat dari kayu dan juga besi!!

Apa-apapun, bagi setiap tonggkat masjid yang di kumpulkan itu menandakan satu kampung orang islam telah di bunuh, semua wanita di perkosa dan seluruh harta di rampas…

Berkatalah seorang tentera kepada rakannya..
"bagus sungguh tindakkan jeneral tertinggi yang membuat strategi menyerang negara islam yang solat subuhnya tidak seramai solat jummaat, katanya idea kreatif ini di ambil dari kitab orang islam, kerana itulah iraq, palestin, bosnia, indonesia, afghanistan telah berjaya kita tewaskan, tuhan mereka tidak membantu mereka, ha ha ha..!

kemudian rakannya yang aetis berkata: "seolah-olah, tuhan itu wujud..."

Argh, kita lupakan soal ketuhanan, nagara mana pulak yang subuhnya tidak seramai jummat, ayoh kita serang...!!!

. . . . .

. . . . .

. . . . .

ONCE OPON TIME IN MADINAH

Pada suatu hari, Nabi Muhammad saw telah pulang ke rumah dengan kerut wajah yang berlainan sekali, seperti ada sesuatu yang cemas dan sangat penting untuk di beritakan, tanpa berkata sepatahpun pada isterinya, siti Aisyah r.a yang dapat merasakan sesuatu yang besar telah berlaku pada baginda, Nabi Muhammad s.a.w terus mengambil wudhu dan segera ke masjid yang terletak bersebelahan rumah baginda.

Kemudian tanpa solat sunnat wudhu!!!, dan juga tanpa solat sunnat tahayatul masjid!!!, Nabi Muhammad s.a.w terus ke mimbar masjid untuk memberi khabar berita yang sangat penting kepada ummat, sangat penting sehingga baginda menangguhkan solat solat sunnat yang biasa Nabi buat!!!

Dari atas mimbar, Nabi bersabda (lebih kurang maksud):

Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepada kamu, agar kamu menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah mereka dari kemungkaran, jika tidak Allah akan melantik raja yang zalim memerintah kamu, dan raja itu tidak akan menghormati orang tua dan juga tidak menaruh belas kasihan pada orang muda, di waktu itu, doa orang alim pun tidak akan di terima Allah, kamu meminta bantuan tapi Allah tidak membantumu, kamu meminta ampun dan Allah tidak mengampunkanmu!!!!
Kemudian, baginda terus turun dari mimbar, sedang hadith ini di riwayat dari Aisyah r.a yang mendegar sabda nabi dengan cara melengkapkan telinga ke dinding…(rumah Nabi bersebelah masjid Nabawi..

TODAY AND AGAIN

Seorang sahabat korang telah di pukul oleh seseorang, sebagai sahabat setiakawan. Korang lekas-lekas membantunya, korang hantar dia ke hospital, korang jahit lukanya dan korang merawat serta melawat dia sehingga sembuh…

Yey! Dia sudah sembuh…

Tak lama kemudian korang dengar dia di pukul orang lagi, korang sekali lagi dengan lekas-lekas membantunya, korang hantar dia ke hospital, korang jahit lukanya dan korang merawat serta melawat dia sehingga sembuh…

Alhamdulillah, dia sudah sembuh…dan... dia di pukul orang lagi…

Nampaknya sahabat korang akan menemui ajal dan bakal jadi mayat, memang benar dan baik sekali jika korang merawat dan mengubat luka sahabat korang, tetapi mengapa korang tidak menyelesaikan masalah itu dengan merujuk kepada punca…

Kenapa tidak bertanya kepada si pemukul sahabat korang akan kenapakah dia di pukul bertalu-talu?

Janganlah korang jadi macam anjing yang bodoh, bila orang baling kayu, digigitnya kayu…lepas tu baling batu kat dia, anjing bodoh tu gigit pulak batu tu, anjing tu gigit ngan marah dan anggap dia telah buat keputusan yg bijak, (bodoh sebenarnya), last-last, orang tembak ngan peluru baru mampus!

Mengapa anjing tu tak gigit orang yang baling tu awal-awal?(contoh)

Begitulah ummat islam hari ini, bila saudara seislam kita di timpa bala atau di zalimi, kita cepat cepat hantar bantuan makanan dan ubat-ubatan, tak lupa juga senjata dan tentara sukarela, tak salah.., dan bagus sekali, cuma masalah itu tak akan selesai sampai bila-bila, malahan bertambah parah… kerana ada bala yang lebih besar akan datang dan ada raja yang lebih zalim akan menyerang selagi ummat islam tidak menjalankan kerja dakwah!! (menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah mereka dari kemungkaran)

Sampai bila korang nak gigit kayu dan batu!

Adakah engkau ingat Allah ciptakan orang kafir tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka?

Ingatlah wahai kawan-kawan, satu org kafir mati semua orang islam berdosa tau!
Nabi bila ada mayat yahudi ‘lewat’ depan baginda, Nabi menangis…sahabat hairan..
Nabi jawab, tahukah kamu mereka akan kekal selamanya dalam neraka...

INGATLAH doa org yang teraniaya adalah sangat makbul..walaupun seorang kafir….sekarang siapa yg teraniaya:
Kita org islam kah atau mereka org kafir?

Mereka orang bukan islam telah di zalimi oleh orang islam karena tak menyampaikan da'wah kepada mereka…
Sebab tu bila org islam perang dengan org kafir-orang kafir menang-sebab mereka telah di zalimi-orang islam tak da'wah mereka…

Zaman ini amat banyak orang pergi hají dan jumlah org islam lebih berlipat ganda dari jumlah orang islam di zaman Nabi, dan ada yg doa, “Ya Allah Laknatlah America, dan sekutunya, Tapi bila perang Amerika-iraq, Amerika-afghanistan, Israel-palestin, Serbia-bosnia,..kemana pergi 1000 malaikat yg menolong sahabat dalam perang badar?
Mengapa Allah tak menolong org islam?
Ingat dalam sejarah islam, kemenangan hanya apabila Allah membantu kita…ahli badar 313 orang adalah mereka2 yg telah menunaikan hak da'wah pada org kafir selama 13 tahun di mekah…, merka amal ma'aruf dan nahu mungkar!!, so logic Allah bantu mereka…tapi hari nih kita ingin berperang dengan orang kafir, sudah berapa lama berda'wah kepada mereka..satu jam? Seminit?menangislah kawan..

(Akulah yang patut menangis!!!)

Negara yang aman bukanlah satu kejayaan…
Negara yang di serang pula bukanlah satu kegagalan..

Kejayaan adalah dapat taat perintah Allah!!!
Dalam Negara aman ada perintah Allah, dalam Negara perperanganpun ada perintah Allah…

Nabi dan para sahabat r.a dalam perperanganpun solat berjemaah, tapi ummat islam yang bukan dalam perperangan selamba tinggal solat jemaah kerana sibuk tengok cerita perang...

Di ulangi!!

Kejayaan bukan dalam Negara aman, dan kegagalan bukan dalam Negara perperangan, dalam Negara aman ada perintah Allah sekian-sekian, dalam Negara perperangan ada perintah Allah sekian-sekian, kejayaan adalah bila dapat taat perintah Allah!!!
Orang palestin nak pergi solat berjemaah, tapi tak dapat kerana di halang oleh tentera yahudi, tapi malaysia sekarang Negara aman tapi masjid masih kosong, orang palestin patut menangis tengok rakyat Malaysia yang di uji kemewahan ini!!!!

(aku patut menangis sekali lagi-tapi takde air mata kerana hati aku keras..oh!!!)

RETURN TO THE SOURCE

Seorang yang berpakaian macam ustaz bertanya padaku:

“kenapa ummat islam sekarang tidak bersatu padu? Mengapa UMNO, PAS, ABIM, JIM, SYIAH, SUNNI, TABLIGH, AL-ARQAM, TALIBAN, AL-QAEDA, IKHWAN bla bla bla… (etc..etc.. 73 semuanya) tidak bersatu padu?
Bukankah baik jika semua jemaah islam ini bersatu?

Aku yang 'bukan ustaz tapi di rujuk orang' lalu berkata:
Jika burung helang di ikat salah satu kakinya dengan burung merpati dan salah satu kaki burung merpati di ikat pula dengan burung sendidik.., mana mungkin burung-burung ini boleh terbang dan sampai ke distinasi?
Pengabungan ini tidak akan dapat di buat kerana distinasi setiap burung itu berbeza, begitu jugak dengan gerakkan so call Islamic yang kau sebutkan itu, setiap gerakkan mempunya distanasi yang berbeza dan musuh utama yang berbeza(rujuk post sebelum tentang musuh) !! Maka nasihat aku setelah berbuih nasihat engkau, jika kau rasa apa yang kau buat benar, maka ‘bismilah’, go on dan berikhlaslah!!!

“lakum di nukum wali yadin”….

Tapi, apa yang kau buat ni hamka, seperti ajak orang solat jemaah, beriktikaf di masjid, ziarah dan lain lain adalah satu cabang pada dakwah, iaitu ajak kepada kebaikkan, kenapa orang macam engkau tak mencegah mungkar?

(orang macam aku?-sebenarnya aku dah tulis jawapan soalan ni dulu dalam tajuk “bagaimana mencegah mungkar”.., tapi takpe, aku jawab dengan cara yang lain pulak!!)

Aku kata:
Kau tuduh 'aku'tak buat mencegah mungkar?, aku boleh jawab soalan engkau, tapi jawapan aku adalah dalam bentuk soalan dan jawapannya ada dalam soalan itu..

Aku ulangi, jawapan yang akan aku berikan adalah dalam bentuk soalan dan jawapannya ada dalam soalan itu.., sejauh mana kau jawab soalan itu, sebanyak itulah jawapan yang engkau akan dapat!!!

Jawapan dalam bentuk soalan:

“BAGAIMANA NABI MUHAMMAD S.A.W MENCEGAH MUNGKAR ??”

(Tiada lagi soalan atau jawapan dari mamat tu, semoga aku dan dia mendapat hidayat buat selamanya dari Allah yang Maha Pengasih..oh)

THE ANSWER...

Di bawah aku bagi tajuk tentang cerita Nabi Muhammad s.a.w berdakwah yang korang boleh amalkan dalam mengajak kepada kebaikkan, dan mencegah mungkar,
Korang boleh kaji dan fikir dari cerita di bawah akan bagaimana nabi mencegah mungkar...


  1. Kisah Nabi di caci oleh orang yahudi yang buta, Nabi menyuapnya makanan sehingga Nabi wafat…
  2. Kisah Nabi di ludah oleh seorang pemuda yang di upah oleh abu jahal, bila pemuda itu sakit, apa Nabi buat?
  3. Kisah Nabi dengan Saidina Umar yang membunuh anaknya hidup hidup dan mendera adiknya dengan kejam kerana masuk islam.
  4. Kisah Nabi memaafkan pembunuh Hamzah r.a.
  5. Kisah Nabi membasuh kencing orang biadap dalam masjid, sedangkan sahabat ingin membunuhnya!
  6. Kisah Nabi menyuruh Aisyah bersembunyi kerana seorang yang jahat telah datang berkunjung, tapi bagaimana nabi melayannya?
  7. Kisah nabi di tampar yahudi sehingga berbirat pipinya, kemudian Nabi merawat tangannya yang luka dengan air mata!!
  8. Kisah Nabi di baling batu di taif, Nabi cedara dan berdarah, dan telah memaafkan mereka pada hari yang sama!!
  9. Kisah seorang wanita tua yang ingin berpindah kerana tidak mahu masuk islam, Nabi telah menolong beliau berpindah, wanita tua itu menangis akhirnya kerana...
  10. Kisah seorang yang meminta izin berzina dan bagaimana Nabi melayamnya, sedang sahabat yang lain ingin membunuhnya!!
  11. Kisah Nabi menjawab aduan tentang seorang pencuri.
  12. Kisah Nabi dan tetamu yang sengaja buang najis dalam rumahnya.
  13. Kisah nabi memaafkan Hindun yang pernah melapah mayat bapa saudara Nabi
  14. Kisah Nabi menangani tuduhan melengahkan hutang oleh seorang yahudi, dia telah mencekik leher Nabi, apa Nabi buat?
  15. Kisah nabi di cela Khalid, tapi apa layanan Nabi kepada keluarga khalid sehingga Khalid tidak sabar masuk islam!!
  16. Kisah Nabi menghiburkan Abu supian yang telah banyak meyusahkannya.
  17. Kisah Nabi bersolat dengan bersungguh sungguh untuk ketua orang munafik.
  18. Kisah Nabi menangis apabila melihat mayat yahudi…
  19. Kisah nabi menghadiahkan serban kepada anak abu jahal yang pernah menyakitinya.
  20. Kisah Nabi memaafkan orang yang ingin membunuhnya!!
  21. Kisah Nabi melayan orang yang mengaku berzina.
Ada banyak lagi, cerita-cerita tentang bagaimana Nabi berdakwah, oleh sebab aku bukan ustaz, baik korang rujuk ustaz dan kitab, di sini jelas bahawa cara mencagah kemungkaran bukanlah bertindak seperti mereka yang di sampuk kuasa binatang lalu mencegah mungkar dengan imej batman, spiderman, keluangman, dan terbaru, cicakman..., biarlah orang kapir sajer yang mencagah mungar lagu tu..., korang orang islam, cegahlan mungkar sebagaimana Nabi mencegah mungkar!!!-jangan nak bercita cita menjadi hero yang ada kuasa binatang!!!!

Saturday 14 May 2011

~10 Amanat penting Rasulullah SAW~

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/05/nabi-muhammad-saw.jpg?w=300

“1.Telah bersabda Rasulullah saw, barang siapa menyebut nama Allah sebelum fajar dan sebelum terbit matahari atau sebelum terbenamnya, nescaya Allah malu untuk menyeksanya dengan api neraka.

2.Telah bersabda Rasulullah saw, apabila engkau selesai sembahyang subuh, duduklah sehingga matahari terbit. Maka sesungguhnya Allah taala akan menulis pahala haji dan umrah atau pahala memerdekakan hamba atau bersedekah seribu dinar pada jalan Allah.

3.Telah bersabda Rasulullah saw, biasakan dirimu berdoa antara azan dan iqamat, sesungguhnya doa itu tidak akan ditolak.

4.Telah bersabda Rasulullah saw, hamba yang paling dicintai Allah ialah orang yang sujud sambil berkata dalam sujudnya…’Ya Allah,bahawasanya aku telah menzalimi diriku, maka Kau ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada apa yang mengampuni dosa melainkan Engkau.

5.Telah bersabda Rasulullah saw, sembahyanglah Engkau di tengah malam walau sekadar memerah susu kambing. Sesungguhnya orang yang bersembahnyang di tengah malam itu adalah secantik-cantik manusia mukanya.

6.Telah bersabda Rasulullah saw, sesungguhnya para malaikat akan memohon keampunan bagi manusia selagi dia berada dalam kesucian dan tidak berhadas.

7.Telah bersabda Rasulullah saw, lazimkanlah diri dengan sembahyang secara berjemaah kerana disisi Allah adalah seperti jalan mu mengerjakan haji dan umrah. Dan tidak ada yang bersungguh-sungguh menunaikan sembahyang jemaah melainkan orang mukmin yang dicintai oleh Allah swt.

8.Telah bersabda Rasulullah saw, berangsiapa yang Allah berikan nikmat kepadanya, dia bersyukur dan Allah beri dugaan, dia bersabar dan jika dia berbuat jahat dia memohon ampun,nescaya bolehlah dia masuk syurga dari pintu mana yang dikehendaki.

9.Telah bersabda Rasulullah saw,berangsiapa yang membaca surah At-Thaariq pada waktu malam sebelum tidur, nescaya dituliskan baginya sebanyak bilangan bintang di langit menjadi kebajikan.

10.Telah bersabda Rasulullah saw,berilah salam kepada orang yang engkau jumpai daripada kaum muslimin, nescaya Allah tuliskan bagi mu 20 kebajikan dan jika menyambut salam, maka Allah akan tuliskan 4o kebajikan.
Rujukan :
http://www.muslimdiary.com/

MUTIARA KATA IBNU QAYYIM AL-JAUZI

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu..

ANTARA KITAB KARANGAN IBNU QAYYIM

Friday 13 May 2011

Pengalamanku bersama Syeikh Ahmad Yassin di dalam penjara

Oleh : Saamir Khuwairah (wartawan www.islam-online.net) yang telah menemuramah Ir. Farid Ziadah yang pernah mendiami sel penjara bersama as-syahid Syeikh Ahmad Yassin.

Ketika pihak rejim Zionis Israel memberikan peluang kepada tahanan HAMAS di penjara pusat Nablus untuk ditukarkan ke Kufr Yuna pada tahun 1994, Farid Ziadah , salah seorang aktivis HAMAS yang dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis tidak melepaskan peluang tersebut. Ini kerana itulah sahaja peluangnya untuk bertemu dengan seorang individu yang hebat yang sentiasa beliau impikan untuk bertemu dengan individu tersebut.

Ketika beliau ditemui untuk di wawancara di rumahnya di sebuah kampung yang bernama Madama di Selatan Nablus, beliau telah mengimbas kembali kenangannya bersama Syeikh Ahmad Yassin di penjara Kufr Yuna yang tidak dapat dilupakannya. Beliau telah menceritakan bagaimana sepanjang tempoh beliau bersama dengan Syeikh Yassin di dalam satu sel untuk berkhidmat kepada pejuang agung tersebut dan amat berbangga dengan tempoh yang beliau habiskan untuk khidmat tersebut.

Ziadah menceritakan: Ianya semua bermula apabila para tahanan HAMAS diberikan peluang untuk berpindah ke penjara Kufr Yuna di mana Syeikh Yassin tinggal. Saya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu lebih dekat dengan Syeikh Yassin yang merupakan satu gambaran kepada mukjizat keimanan di zaman ini.

Ziadah menambah lagi : Bukan hanya saya seorang sahaja yang berusaha untuk bertemu dengan Syeikh Yassin , malah ramai lagi yang terdiri daripada penyokong-penyokong dan murid- murid Syeikh turut meminta untuk bersama dengannya. Keadaan ini telah memaksa anggota- anggota HAMAS di penjara pusat Nablus untuk melakukan undi bagi memilih siapa yang layak untuk dipindahkan ke Kufr Yuna demi memberikan khidmat kepada Syeikh Yassin yang amat mereka sayangi. Ditakdirkan oleh Allah, Ziadah telah terpilih untuk tugas yang mulia tersebut.

Program seharian Syeikh Ahmad Yassin di penjara
Ziadah telah menceritakan hari-hari yang dipenuhi dengan kasih sayang, kerinduan, keimanan yang dilalui olehnya bersama dengan Syeikh Yassin dan juga keperitan yang dialaminya ketika berpisah dengan Syeikh tersebut, walaupun perpisahan tersebut adalah untuk pembebasannya dari penjara. Jika anda ingin memperkatakan tentang Syeikh Yassin, anda akan memperkatakan tentang program -program hidupnya yang padat, dan seolah-olah tubuhnya yang lemah itu bukanlah bekas untuk menampung ruh dan jiwanya yang besar dan aktif tersebut.
Beliau mengatakan : Beliau sentiasa bangun pada pukul 3 pagi untuk bertahajjud, membaca al-Quran sementara menantikan solat Subuh

Al-Quran sentiasa menjadi teman karib Syeikh Ahmad Yassin
Waktu-waktu selepas solat Subuh beliau habiskan untuk bersama dengan tuhannya dengan membaca al-Quran. Waktu-waktu tersebut seolah- olah melupakan beliau terhadap kesempitan hidup beliau di penjara dan membuka keluasan rahmat Allah di hadapannya. Aktiviti tersebut berterusan sehinggalah pintu sel dibuka untuk para tahanan keluar untuk bertemu di antara satu dengan lain di dalam kawasan penjara.

Waktu tersebut digunakan oleh Syeikh untuk mengambil udara segar dan bertemu dengan para tahanan yang lain. Ziadah dan juga rakan- rakan yang lain memapah Syeikh yang ingin bersama dengan para tahanan lain yang melakukan riadah. Ia menunjukkan seolah-olah Syeikh tidak mahu menyerah dengan lumpuh yang dihadapinya, dan seolah-olah beliau ingin membuktikan kepada pegawai-pegawai penjara bahawa beliau tetap bertenaga dan tidak akan menyerah kalah.

Kami juga akan mengurut dan menggerak- gerakkan sendi-sendi Syeikh sebagai salah satu daripada rawatan terapi untuk tubuhnya yang lumpuh itu, dan kami bagai dapat merasakan darah yang mengalir itu terkandung di dalamnya semangat perjuangan yang tidak akan terpadam. Selepas itu kami akan masuk semula ke dalam sel, di mana Syeikh akan berwudhu dan bersolat dhuha, sambung beliau.

Perpustakaan yang intensif di dalam sel yang kecil 
Selesai sahaja solat, Syeikh akan mengkhususkan waktunya untuk ilmu. Dia akan segera dibawa ke perpustakaan mininya yang intensif dengan pelbagai buku di dalam selnya yang kecil. Beliau tidak jemu menatapi helaian-helaian buku di perpustakaan tersebut demi menajamkan pemikirannya. Menurut Ziadah, beliau bukan hanya membaca, malah daya ingatannya yang kuat telah membolehkannya menghafal maklumat hatta isi kandungan buku-buku yang dibacanya. Beliau amat menggemari buku gal-Bidayah wa al-Nihayah(buku sejarah Islam) karangan Ibnu Kathir yang mengandungi 20 jilid. Beliau juga sering meminta pembantu-pembantunya untuk menguji ingatan dan hafalannya terhadap apa yang beliau dapat dari buku tersebut. Lebih menarik lagi, beliau ingatkan muka surat yang terkandung di dalamnya maklumat yang beliau telah baca.

Selesai aktiviti keilmuan, beliau akan bersolat Zohor bersama dengan pembantu- pembantunya, dan akan tidur selepas itu selama sejam, dan apabila beliau bangkit dari tidurnya beliau akan menghabiskan waktu menonton rancangan berita televisyen, mendengar radio dan juga mendengar nasyid-nasyid Islami. Beliau amat menggemari nasyid-nasyid Islami. Selepas aktiviti tersebut, Syeikh akan segera ke perpustakaannya kembali untuk membaca sehingga tiba waktu Asar. Selepas Asar beliau akan membaca al-Quran yang menjadi wirid hariannya. Selesai sahaja menghabiskan wirid-wirid tersebut, beliau aka n makan bersama pembantu-pembantunya. Mereka hanya makan makanan yang mereka masak sendiri sahaja dan bukan yang disediakan oleh pihak penjara. Selepas itu mereka keluar bersama untuk beriadah. Waktu riadah mereka diasingkan daripada waktu riadah banduan-banduan jenayah, agar mereka tidak bertemu dan tidak diganggu.

Syeikh akan kembali ke selnya untuk berwudhu dan mempersiapkan diri untuk solat Maghrib bersama dengan yang lain. Usai solat Maghrib mereka akan menunaikan solat sunat sambil menantikan waktu Isyak. Selesai solat Isyak, mereka akan bertadarrus dan menyemak hafalan al-Quran mereka bersama Syeikh.

Tidak untuk bermalas-malasan dan membuang masa
Syeikh tidak sukakan keadaan santai dan bermalas-malasan pada waktu malam. Beliau juga tidak suka berjaga sehingga lewat malam. Beliau juga amat sedikit meminum teh dan tidak langsung meminum kopi. Biasanya mereka akan berehat- rehat sahaja sebelum tidur.

Semangat Syeikh Ahmad Yassin membakar sehingga kini walaupun jasadnya hancur di mamah roket rejim Zionis
Beliau juga seorang yang amat mudah mesra dan suka bergurau, tetapi tidak berlebihan. Walaupun keluarganya tidak dapat menziarahinya selalu, namun beliau tidak pula merasakan kesedihan seperti kebanyakan banduan yang sentiasa merindukan ahli keluarga mereka.
Ziadah juga menceritakan bagaimana Syeikh menghidapi sakit perut dan telinganya dan sentiasa sabar menghadapinya. Telinganya juga tidak dapat mendengar dengan normal, malah para pembantunya sering memasangkan ear-phone untuk Syeikh mendengar televisyen.

Rakan penjaraku
Ziadah juga sempat menceritakan ketajaman pemikiran Syeikh Yassin dan juga keperibadiannya yang diwarnai dengan pelbagai warna politik, figur agamawan, figur intelek dan juga universalitinya. Ini semua membuatkan Syeikh mudah didampingi dan didekati oleh sesiapa sahaja.
Beliau sempat menceritakan perihal gelas kecil milik Syeikh Ahmad Yassin yang kelihatan agak lama digunakan olehnya. Bila beliau menawarkan untuk menggantikannya dengan yang baru, Syeikh segera menolak dan mengatakan gelas itulah temannya di penjara semenjak dahulu lagi. Syeikh juga mengatakan saiz gelas itu sesuai untuknya menyukat bilangan air yang diminumnya seharian. Apabila dibalas oleh Ziadah bahawa beliau akan menggantikanya dengan gelas yang baru yang sama saiz dengannya Syeikh segera menjawab : gApalah untungnya menggantikan sesuatu yang lama dengan yang baru jika yang lama masih lagi elok.

Perpisahan yang memeritkan
Ketika Ziadah menceritakan saat perpisahan beliau dengan Syeikh, beliau tidak dapat mengawal emosinya, dan air matanya bagaikan empangan yang pecah tanpa dapat dihalang alirannya. Kata beliau , Ketika pengurusan penjara memberitahu bahawa saya akan dibebaskan setelah selesai menjalani dua pertiga dari tempoh tahanan saya, saya langsung tidak berminat untuk keluar sepertimana halnya banduan-banduan yang lain. Saya merasakan keberadaan bersama Syeikh Yassin di dalam penjara lebih berharga buat diri saya, namun Syeikh memberikan semangat kepada saya untuk keluar dari penjara. Akhirnya saya akur dan menurut perintah Syeikh lantas keluar meninggalkan penjara tersebut.
Saat pengumuman pembebasannya oleh pihak mahkamah yang sepatutnya diserikan dengan perasaan kegembiraan bertukar kepada tangisan kesedihan kerana tidak sanggup menghadapi saat perpisahan dengan Syeikh Ahmad Yassin.
Seminggu sebelum tarikh pembebasannya dia berazam untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu dari Syeikh, namun semuanya berkecai apabila dia diperintahkan untuk dibebaskan dengan segera. Beliau walaubagaimanapun enggan meninggalkan Syeikh selagi pihak penjara tidak menghantar pembantu baru untuk Syeikh. Apabila seorang pembantu baru yang didatangkan dari penjara lain dihantar kepada Syeikh Yassin, barulah dia dapat meninggalkan Syeikh tersebut.
Saat perpisahan yang dilaluinya amat sedih dan pilu dan tidak mungkin beliau melupakannya. Dia masih terbayangkan bagaimana Syeikh Ahmad Yassin telah menyuruhnya pergi selepas beliau memeluk Syeikh dan tenggelam di dalam tangisannya. Susuk tubuh Syeikh melambaikan tangannya di lapang riadah masih terbayang di dalam kotak pemikirannya sehingga kini. Perpisahan kali pertama itu tidak akan dapat dilupakan sepertimana dia tidak melupakan perpisahan kali kedua apabila tubuh Syeikh Ahmad Yassin hancur dimamah roket tentera Israel.

Syeikh yang kuat berpuasa
Bukan hanya Ziadah seorang sahaja yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin. Sameeh Alawi, seorang anggota HAMAS dari Nablus juga pernah berkhidmat untuk Syeikh di dalam penjara selama 100 hari. Hari-hari bersama Syeikh Ahmad Yassin adalah saat-saat yang paling indah dalam hidupnya, walaupun sepanjang 100 hari tersebut mereka ditempatkan di dalam sel yang amat kecil yang tiada cahaya matahari dapat menerobos masuk ke dalamnya.

Sameeh ketika menceritakan perihal Syeikh Ahmad Yassin telah mengatakan : Syeikh akan bangun pagi dua jam sebelum solat Subuh untuk menunaikan Qiyamullail. Di siang harinya pula beliau amat rajin berpuasa. Beliau tidak ketinggalan berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Beliau juga banyak menghabiskan waktunya untuk membaca al-Quran, dan mendengarnya bersama dengan para pemuda di penjara. Syeikh membaca 3 juzuk dalam sehari dan mendengar bacaan al-Quran sejuzuk sehari. Syeikh amat gemar membaca buku al-Bidayah wa al-Nihayah, mendengar berita dan juga menonton rancangan-rancangan agama di T.V.

Menurut Alawi lagi : Para pemuda di penjara berlumba-lumba untuk berkhidmat kepada Syeikh. Mereka juga gemar mendengar kata-kata dan juga nasihat-nasihat Syeikh. Walaupun beliau tidak banyak bercakap, namun kata-katanya yang sedikit itu penuh dengan hikmah dan pengajaran.
Antara mereka yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau di dalam penjara ialah Syeikh Diyaf al-Samur dari Ramallah, di mana Syeikh telah menulis surat kepadanya dengan menggunakan tulisan tangannya sendiri dengan penuh kepayahan. Ini kerana Syeikh amat sayangkan beliau. Antara yang lain juga ialah Syeikh Naaji Sinqrit dari Khalil (Hebron), Syeikh Sameeh Zainuddin, seorang akauntan dari Bait Lid berdekatan dengan bandar Netanya, Syeikh Nidhal Abu Saadah dari Bait Dujan, dan juga Ir. Farid Ziadah dari Madama.

Hatta pegawai penjara pun sukakan Syeikh Yassin
Syeikh bukan hanya disukai oleh para pemuda muslim yang bersama dengannya, yang lebih menarik lagi, para pegawai penjara Israel yang berketurunan Yahudi pun ada yang mengkagumi dan menyukai beliau. Antaranya ialah salah seorang pegawai penjara yang merahsiakan namanya telah mengatakan : Saya tidak melihat apa-apa pun pada peribadi Syeikh Yassin yang menunjukkan beliau seorang pengganas.

Saya merasakan ketenangan dan juga berasa senang sekali jika dapat mengawalnya, hatta apabila berdiri berdekatan dengannya pun. Inilah yang mungkin dapat dirasakan oleh para pemuda yang telah berkhidmat kepadanya

Beliau menambah : Saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau (Syeikh) di dalam penjara ketika beliau bersama rakan-rakanya. Dan saya dapat merasakan bahawa HAMAS akan mengamuk jika Syeikh ini diapa-apakan oleh sesiapa pun. Beliau adalah bapa spiritual kepada HAMAS!. (Kenyataan ini telah dinyatakan oleh pegawai berkenaan di dalam sebuah rancangan Talk Show di salah sebuah rangkaian Televisyen Israel pada malam Sabtu 3 / 4 / 2003).

BUat DAIE DAN DAIEYAH...

Assalamu'alaikum wbt...

Di sini saya nak kongsikan sebuah cerita yang saya dapati daripada Klik Sini . Baca & Fikir. Moga mendapat manfaat drpdnya.InshaAllah =)

"Siti Syazwani. Happy Birthday!
Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~…
-Amin, UK-"


Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.


Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….


Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.


Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…


Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!."


"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.


"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.


Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!


"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.


Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'


Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.


Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.


'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.

"Ok.Tq..." balasnya pula.


Keesokannya, aku menanti awal dia online.

'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...


Amin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam…

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...

Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...

Wani: wah, rajinnya... baguslah!

Amin: hurm...

Amin: study macam mana?

Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.

Amin: oic...

Amin: takpe, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

Amin: hurm…

Wani: apa dia? tanya la… sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?

Wani: so, statusnya kawan je la…

Amin: hurm…

…..

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..


Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: jadi…

Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…

Amin: sbb……

Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…

Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'…

Amin: huh…

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…

Amin: kononya Islamik…

Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…

Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber'couple2' nieh..

Amin: hurm…..

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…

Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…

Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…


Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…


Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…


Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.


Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.


Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…

Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam.


Signed out


Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.




"Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.


"Ya bang, Wani turun…"


Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.



Sekian,Wassalam.

"Ya Allah,Jauhilah kami dari perkara yang melalaikan serta perkara yang tidak memberi faedah kepada kami . Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ameen "

~Pengubat Hati Yang Resah~


Hatinya hiba. Duduk beralaskan surat khabar di penjuru sebuah padang sebuah taman yang sedang membangun. Kosong jiwanya. Fikirannya tidak tentu arah. Wajahnya nampak sugul dengan terdapat kesan lebam di bawah mata kerana terlalu banyak menangis. Malamnya sering terjaga dan tersentak. Sesekali, dia memandang ke langit. Melihat kemilauan bintang yang berkelip di langit yang hitam. Mencari ketenangan melihat bayang-bayang awan disirami cahaya bulan. Namun, jauh di sudut hatinya mengenang nasib yang menimpanya kebelakangan ini. Dia memejam mata. Sayu di hatinya tidak bisa ditanggung lagi, maka mengalir deraslah airmata kesayuan…


Cerita yang digambarkan melalui penulisan di atas adalah keadaan hati seseorang ku ambil berat yang gelisah dan gundah hatinya. Memang sukar digambarkan betapa peritnya kisah insan di atas. Berat kita yang melihat atau mendengar, berat lagilah bahu yang menggalas bebannya sendiri.

Namun, sebagai teman yang ingin membantu, bagaimana kita boleh membantu insan yang dalam keadaan begini? Islam ada caranya tersendiri untuk mengubat hati yang resah gelisah. Bolehlah kiranya perkara berikut dikongsi dan dilakukan bersama. Dengarlah dan fahamilah dengan apa yang dikata dan bukan melihat siapa diri yang menyampaikan ini...


Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Terimalah dengan keredhaan dengan apa yang telah Allah berikan kepadamu, nescaya kamu menjadi manusia paling kaya." (Al Hadith)

Belajarlah untuk redha terhadap ketentuan Allah. Belajarlah untuk redha sekalipun sekecil-kecil musibah atau nikmat yang dikurniakan Allah terhadap kita. Ingatlah bahawa, Kesusahan, keperitan hidup, dan musibah itu sememangnya pahit kerana syurga itu manis.


Allah S.w.t. berfirman :
"…sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur."
(Al A’raf : 144)


Demikianlah petikan yang ingin ku kongsikan...bukalah hati untuk terus membaca. Berikut adalah serba ringkas amalan yang mampu kita cuba lakukan...


Pupuklah diri kita membaca AlQuran..

"…sesungguhnya telah datang kepadamu sebuah pelajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) di dalam dada…"
(Yunus : 57)

Al Quran mengandungi hikmah. Itulah antara kata-kata hikmah yang dipetik daripada Al Quran. Ya, terlalu banyak hikmah yang terdapat di dalamnya. Namun jika hanya pembacaan sahaja, tanpa dihayati isinya, maka tidaklah dapat kita merasai kemanisan kalamullah tersebut. Untuk menghayatinya, sebagai golongan yang tidak memahami bahasa Arab, kita hendaklah membaca Al Quran bersama-sama terjemahannya.


"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), Kitab yang mempunyai banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayat-Nya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna sebagai peringatan dan iktibar."
(Shaad: 29)

Bagaimana kita nak merasai kemanisan tersebut?
Iaitu dengan menghayati isi kandungan sehingga mampu mengalirkan airmata. Berikut ialah contoh-contoh untuk dicuba:


Pertama, ketika membaca ayat-ayat terjemahan mengenai azab Allah;

Rasakan diri kitalah yang dimaksudkan oleh Allah Taala. Kitalah yang diazab, kitalah yang termasuk golongan-golongan yang berdosa. Sekiranya, terdapat ayat mengatakan putus asanya orang-orang yang berdosa pada hari Qiamat, maka, bayangkanlah kita sedang berputus asa sehingga melahirkan keinsafan.


Kedua, ketika membaca ayat-ayat mengenai nikmat;

Rasakan bahawa kita tidak layak untuk menerima semua nikmat tersebut kemudian berdoa agar Allah menyelamatkan kita daripada azab-azabnya.


Seterusnya, perbanyakkan berzikir;

Mengingati Allah mendekatkan kita dengan Dia pemilik segala cinta. Ketenangan seseorang hamba hadir ketika ia dekat dengan tuhannya. Hal ini kerana ketenangan wujud lantaran kestabilan hati dan perasaan aman dan tenteram.


Namun, sebagai seorang Islam, dalam usaha kita mencari ketenteraman, kita perlulah sentiasa menunaikan perkara asas yang diperintahkan...iaitu solat.

Solat adalah suatu terapi yang baik buat manusia. Namun, sesuatu yang baik itu tidak hadir dengan perlaksanaan yang sambil lewa. Bahkan, kebaikan berbuah daripada kesungguhan dan keikhlasan. Lakukanlah solat wajib tanpa melupakan amalan yang sunat sebagai ibadah sampingan. Intipati di dalam ibadah solat sebenarnya sudah mencukupi untuk mengubati perasaan dukacita, resah gelisah dan sebagainya. Hal ini kerana, bacaan dan doa yang terdapat didalamnya sekiranya dihayati, amat-amat menginsafkan diri.

Perlu diingat, bahawa resah gelisah boleh jadi datang daripada dosa kita. Apabila solat kita mampu menginsafkan diri, maka, InsyaAllah, ketenangan pasti hadir. Kebahagiaan pasti berbunga dan kehidupan pasti lagi indah dan mudah.

Lakukanlah qiyamulail dengan melaksanakan solat taubat, tahajjud dan ibadah-ibadah lain. Rasulullah s.a.w pernah bersabda di dalam hadis sahih, antara lain maksudnya ialah,

"bahawasanya, sekiranya seseorang hamba bangun malam, lalu mengingati Allah (samada lisan atau hati), kemudian berwudhuk dan melakukan solat, dengan izin Allah, ia akan menjadi bersemangat dan bersih jiwanya."


Selain meminta melalui berdoa, sebagai seorang yang ego, susah buatku menerima kelemahanku melalui teguran. Tetapi teguran sebegini lah yang memberikan aku kesedaran. Kesedaran yang diperoleh melalui meluahkan perasaan merupakan salah satu cara mengatasi hati duka. Luahkanlah didalam diari, blog, catatan harian dan sekiranya kita ada peluang, carilah seseorang yang paling kita percaya (sebaiknya yang ada pertalian atau orang yang arif dalam agama).


Sesungguhnya kita juga insan yang lemah. Insan yang tidak mampu melupakan sesuatu begitu sahaja. Namun, terdapat juga cara bagi kita melupakannya iaitu melalui aktiviti. Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya. Atau kita sibukkan diri kita melakukan perkara yang telah dikongsi tadi.

Selepas kita dah cuba perkara2 begini, ada lagi perkara mudah untuk kita lakukan iaitu senyum. Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri kita yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati sebenarnya.

Betul kawan-kawan...kalau kita sendiri tak mencuba bagaimana? Ada kajian dijalankan oleh Carl Jung, dia mendapati sebahagian besar pesakit yang datang menemui doktor jiwa adalah mereka yang menderita sakit kerana kehilangan pegangan agama. Sementara itu, James Gordon Gilkey menyatakan sekiranya seseorang enggan bersikap wajar sesuai dengan keperibadiannya, ia akan menderita sakit saraf dan sakit jiwa.
Carilah keperibadian wajar yang kita selesa disamping menerapkan asas pegangan agama dalam tindakan kita.

Kerana itulah Allah berfirman maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah: 195)


Percayalah. Dia maha Mendengar dan Maha Mengasihani.
Kadang kala Dia memberi sebelum si hamba sempat menadah tangan untuk meminta. Kerana dia sangat mengerti keperluan hambaNya. Dia yang menjadikan si hamba dan Dia jugalah yang mengatur liku-liku perjalanan hidup hambaNya. Apabila permintaan si hamba tidak diperkenankan, itu bukanlah kerana Dia 'tuli' dan tidak mendengar rintihan serta pengaduan hambaNya. Ada hamba-hamba yang dikasihiNya, yang dibiarkan menderita dan bersedih, dibiarkan terlantar kesakitan, dibiarkan susah dan miskin, kerana begitulah caranya Dia mendidik si hamba; diberi ujian-ujian yang akan menambahdekatkan si hamba dengan Nya dan
melebar lorong buat si hamba dalam kembara di dunia menuju ke syurga yang abadi. Hamba yang menderita dan bersedih pasti akan mengadukan halnya kepada Dia. Hamba yang terlantar dan kesakitan pasti akan merintih memohon keringanan dariNya. Bumi ini milik-Nya, lalu selayaknyalah kita sebagai penghuni yang kerdil ini selalu mengadu kepadaNya.Agar kita tahu bersyukur jika diberi rezeki yang melimpah ruah dengan cara membahagi- bahagikannya pula kepada penghuni yang lain. Juga supaya kita tahu bersabar jika diberi rezeki yang sedikit, kerana kesabaran itu sendiri yang menjadi makanan hati. Sama ada kita bersyukur atau
bersabar, di situ Dia menjadikan ganjaran pahala sebagai bonus untuk menempah istirehat di syurga. Belajar lah menerima hakikat bahawa itu adalah ketentuan dariNya. Sebagai ingatan bagi kita. Untungnya orang  ukmin..semakin banyak masalah semakin mustajab doanya. Bukan perjuangan tanpa kesulitan tapi dalam kesulitan ada ketenangan memulihkan kekuatan. kita tidak bersendirian kerana Allah pasti akan bersama!

Demikian lah serba ringkas ilmu yang ingin dikongsi. Renungkanlah. Aku juga masih kilaf dalam dalam amalanku sendiri. Sekiranya terdapat kekurangan dalam penyampaianku, ampunkan aku. Aku sendiri pernah mengecapi nikmat tersebut namun aku sendiri alpa selepas dibuai kenikmatan berterusan. Aku sendiri sudah sukar merasa nikmat itu lagi. Oleh itu, aku ingin mencuba lagi. Cerita ini, sekadar untuk mengingati diri sendiri dan insan yang sedang berduka. Apa jua pertalian kita di dunia ini, berkongsi teguran dan ilmu amatlah bernilai...Perkara yang perlu ku sendiri lakukan adalah membersihkan jiwa sendiri kerana kebersihan jiwa mampu menghilangkan gundah di dalam dada.

Tuesday 10 May 2011

MaTa KuNcI

Ada orang kata sejarah dunia ditulis oleh darah manusia sebagai tintanya. Badan dan tulang kita sebagai penanya. Atas nama revolusi dan ideology, idea dan falsafah, jutaan nyawa manusia dijadikan korban. Apabila manusia melupakan tuhan sang pencipta dan mula menyembah dan memuja iblis, maka akal fikiran dan pertimbangan yang rasional tidak ada nilai ertinya lagi. Manusia adalah binatang jika tanpa akal dan agama, lebih sadis, manusia sama ada menjadi mesin bernyawa yang tidak mampu berfikir melainkan yang telah diprogram ataupun menjadi hamba kepada nafsu serakah yang buas dan liar tanpa kawalan. Dan manusia hari ini adalah kedua-duanya, mesin dan juga hamba nafsu.
Jika dahulu manusia meraba-raba dalam kegelapan dunia mencari sinar tuhan, kini manusia semakin menjauhinya malah cuba memadamkannya. Jika dahulu manusia mencari-cari dalam kesamaran akan ertinya keamanan dan kedamaian, kini manusialah yang memeranginya dan menghapuskannya. Jika dahulu manusia amat menghargai erti penciptaan, kesucian dan kelahiran tetapi sekarang manusialah yang memusnahkan dan menodainya. 
Manusia lupa hidup ini adalah permainan yang leka dan sementara. Yang penuh dengan gurau senda dan tipu daya. Dan kerana ianya adalah permainanlah, siapa yang tidak mahukan kemenangan? Atas peraturan siapa yang kuat akan selamat siapa yang lemah akan musnah, jutaan manusia hilang jiwa dalam permainan maya ini. Ideology yang berdasarkan kehidupan haiwan menjadi peraturan hidup manusia.
Penderitaan dimana-mana. Kedamaian yang hilang.
Memerangi dan diperangi.
Membunuh dan dibunuh.
Menipu dan ditipu.
Rakus dan dayus.
Lemah.
Musnah.
Namun, selagi mana adanya segolongan manusia yang percaya kepada bahawa suatu hari nanti segala pembohongan dan tipu daya ini akan terbongkar juga akhirnya oleh para pejuang kebenaran, maka masih ada jugalah peluang bahawa suatu hari nanti akan tiba saatnya penderitaan ini akan hilang dan kebenaran akan muncul membawa bersama berita-berita gembira dan ganjaran yang mengasyikkan. Walau sebagaimanapun pihak tertentu cuba menidak dan memadamkan para pejuang kebenaran ini, kemenangan tetap berpihak kepada yang benar. Cuma masa sahaja yang menentukan bilakah ini semua akan berlaku.
Maka, demi masa. Berpesan-pesan sesama di antara kita dengan penuh kesabaran, biar selama manapun kita menunggu dan menanti. Berpesan-pesan jualah dengan penuh kebenaran biar betapa pahit pun ia terpaksa ditelan, biar betapa pedih dan sakitnya ia perlu dijaga dan dipertahankan.
Sejarah perlu ditulis semula.
Bukan dengan darah dan air mata.
Bukan dengan nyawa dan azab siksa.
Tetapi dengan kebenaran yang nyata!
Dengan janji yang tiba….
Dan membawa khabar gembira.
Ah! Mampukah kita? Sekadar menulis dan berkata memang enak untuk dibicara dan digebangkan. Sambil memasang harapan dan angan yang tidak kunjung tiba. Di zaman ini, di mana kebaikan tidak ada nilai ertinya di atas dunia, di mana kejahatan bermaharajalela, walau sesungguh manapun usaha untuk meyakinkan manusia bahawa janji Allah akan tiba satu hari nanti, berapa ramaikah diantara kita yang masih mampu bertahan untuk yakin dan percaya? 
Yang ada Cuma segelintir. Berpaut kepada tunggul iman yang kian dihakis oleh gelora fashak dan mungkar.
Yang lain terus hanyut. Lemas di dalam lautan al-wahan yang mengasyikkan manusia yang lupa, leka dan tepedaya.
Aku cumalah seorang manusia yang hadir di dunia ini disaat tamadun manusia yang semakin menjauhi sinar tuhannya. Manusia yang kerdil dan hina, yang hanya meminjam segala-galanya dari tuhannya Rabbul Izzati. Aku dan kamu adalah sama. Begitu juga dengan dia yang sedang memerhatikan kita melalui mata satunya
Kita adalah makhluk. Hamba tuhan yang tunggal. Aku, kamu dan dia.
Manusia lupa itu. Kita semua terlupa. Aku, kamu dan dia terlupa!
Kita di satu jalan yang pada hakikatnya lurus ke hujung sana dimana terdapatnya sebuah pintu yang teramat besar. Namun di kiri kanan jalan itu ada lorong-lorong yang kelihatan seolah-olah cabang kepada jalan yang lurus itu. Benarkah? Apa penghujungnya? Berbalik kepada pintu itu. Kuncinya? 
Aku, kamu dan dia ada kuncinya!

nasyid hiburanku