Saturday, 23 April 2011

Di Sebalik Wajah – Antara Hati, Peribadi, Dan Gaya

Dialog Satu:
Eh! Shima... Cantiknya kau hari ini. Fesyen baru nampak. Fuh! Jeans baru. Fit
habis...
Em, iye ke? Em, thanks.

Dialog Dua:
Nama awak Fahdli kan?
Ye, nama saya Fadhli.
Saya terpaksa mendenda awak kerana memakai baju round net (tidak berkolar).
Sebagai seorang pelajar di sini, sepatutnya awak sedia maklum akan peraturan
ini bukan?

Dialog Tiga:
Weh Diana, cuba kau tengok mamat tu... Kaya gila, baru masuk semester dua
kat sini dah bawa BMW.
Mana kau tahu dia kaya? Mana tahu tu kereta family dia ke apa ker?
Itu tak penting, tapi, yang penting, gaya dia tu menunjukkan dia mesti orang
kaya. Mesti ‘grand’ kalau aku jadi girlfriend dia...

Dialog Empat:
Peh! Rock habis beb gaya lu malam ni. Ni baru gua respect...
Ceh! Baru lu tau sapa gua sekarang arr...

Inilah dia hakikat ‘life style’ hari ini. Hakikat remaja dan belia masa kini.
Penampilan dan gaya adalah element penting dalam kehidupan masa kini. Tidak
dinafikan, ianya memang penting.

Gaya dan penampilan menunjukkan kematangan dan keperibadian sesorang
individu. Ianya memperlihatkan apa yang tersirat di hatinya. Dalam bentuk
persembahan melalui kaedah style berpakaiannya. Penampilan dan karaktor yang
baik, menunjukkan peribadi yang baik. Begitulah kebiasaannya.

Namun, pada penilaian sipakah status baik dan buruk itu semua...?

Dalam kita sibuk menjaga gaya dan penampilan, setakat manakah kita benarbenar
dipandang cantik dan hebat agaknya? Adakah cukup sekadar cantik dan
nampak grand di mata manusia? Dengan gaya sophisticated atau modern stylenya.
Memang sebahagian manusia memandang semua itu terlalu tinggi. Namun,
satu pandangan yang amat penting, yang tidak wajar kita ketepikan. Bagaimana
penilaian Allah s.w.t. terhadap gaya kita itu?

Inilah yang sering kita terlupa ataukah mungkin sengaja dilupakan. Pernahkah
kita memikirkan perihal penampilan diri kita ini samaada dipandang baik atau
tidak di sisi Allah s.w.t.? Inilah penilaian pemakaian (standard) yang paling utama
yang perlu kita dahulukan dalam menentukan gaya (etika) berpakaian. Penilaian
Allah s.w.t. adalah perkara paling penting menentukan kita ini mulia atau
sebaliknya.

Sama-samalah kita nilai samaada style berpakaian kita menepati standard Allah
s.w.t. atau pun tidak. Apakah standard Allah s.w.t. itu? Di mana kita perlu
merujuknya? Ya, iaitulah al-Qur’an dan Hadis Rasulullah s.a.w. Janganlah sekalikali
kita mengabaikan rujukan utama kehidupan kita itu.

Ya, rujukan dari dua sumber inilah yang sering kita abaikan. Walhal, inilah
manual kehidupan kita. Oleh itu, pastikanlah standard berpakaian kita, tidak kira
lelaki mahupun wanita, hendaklah melepasi (lulus) apabila disemak dengan dua
sumber itu. Pernahkah anda semak? Kalau belum pernah, sama-sama lah kita
semak. Ajak kawan-kawan yang lain sekali. Dapatkan bantuan daripada mereka
yang lebih arif (berilmu).

Lihatlah kecantikan dan hakikat keindahan panduan fesyen pakaian yang sebenar
yang digariskan oleh Allah melalui al-Qur’an dan Hadis Rasul-Nya. Tidaklah patut
sebagai insan yang beriman dan normal daya fikirnya, menidakkan keindahan
serta kesyumulan panduan tersebut...

Sebagai penutup, perhatikan maksud hadis ini;

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu, tetapi Allah
melihat kepada hati kamu dan amalan kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Di samping penampilan kita, Allah menitikberatkan kesucian hati kamu yang
sentiasa menjaga keikhlasan dalam menekuni dan mencermati perjalanan
mencari keredhaan Allah. Dengan hati yang bersih yang penuh keimanan, makanya
lahirlah amalan-amalan yang baik dari diri kita semua. InsyaAllah.

Firman Allah s.w.t. (maksudnya):
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada
kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian
perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.
yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan
rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya
(dan bersyukur).” (al-A’raaf: 26)

Ketaqwaan di sini adalah merujuk kepada ketaatan kita kepada Allah secara
keseluruhannya (dengan ilmu yang sihat). Meliputi semua aspek dan tidak hanya
dalam etika berpakaian. Maka-nya, daripada ketaqwaan itulah... lahirnya
kehebatan penampilan diri yang sebenar samaada di sisi Allah s.w.t. sendiri atau
pada penilaian manusia yang beriman dan insan-insan yang lainnya.

Allahu ‘alam...

No comments:

Post a Comment

nasyid hiburanku