luanGkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi .... tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...
Dengan  Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Ya  Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat  berharga dr  seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad  s.a.w.  melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.....kisah yang agak lame....sekadar perkongsian..kisah yang jarang-jarang ki
     Nama yg dipilih oleh  ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud  'kesayanganku', jua gelaran  Nabi pada puteri kesayangan Baginda,  Fatimah. Ketika khilaf memilih nama  itu, ayah beliau mengharapkan  mudah2an suatu hari nanti anaknya akan  menjadi salah seorang mutiara  kesayangan Rasulullah s.a.w.  Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23  tahun kelahiran anak sulungnya  daripada 8 adik-beradik.
      Al-Quran 30 juzuk  terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau  menghabiskan masa 3 tahun utk  menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika  berada di negeri kelahirannya.  Beliau hafal sendiri utk memenuhi  harapan ibu ayah yang mengharapkan ada  dalam kalangan anak mereka  menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai  anak sulung, beliau  mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd  adik2 yg lain.  Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi'  dgn ustaz di  sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah  di universiti ini.
     Akak ni memang diuji  dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih  setahun yg lalu.  Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di  bahagian belakang  tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian  lutut sejak 8 tahun  lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,  selepas makan, beliau  muntah bersama segumpal rambut dari  kerongkongnya. Penderitaannya hanya  Allah dan dia sendiri yang tahu.  Sudah lama beliau tidak terdaya ke  kelas kerana sakit itu membuatkan  dia tidak dapat berdiri atau berjalan.  Hilang selera makannya hingga  badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya  menggagahkan diri untuk pergi  berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu'  itu dijaga sebaik mungkin  untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2  yang  dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai   pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan   makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh,   Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat,   berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam   serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya   mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan  baca  Surah Al-Baqarah.     Pagi Khamis itu,  beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah  terlalu lama tidak mampu ke  kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi  utk solat. Berbekalkan sedikit  kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik  air utk berwudhu' dgn memapah  dinding dan segala apa yg mampu membantu  beliau untuk berdiri. Habis  berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa  seperti ada yg menolak keras  dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak  mampu berdiri, justeru beliau  merangkak ke bilik. Sampai saja di  bilik, beliau ketuk pintu dan rebah  di depan bilik tersebut. Disebabkan  sakit yg mungkin dah tak  tertanggung, dengan spontan beliau niatkan,  "Ya Allah, kiranya mati itu  baik untukku, aku redha, tapi kiranya  Engkau ingin aku terus hidup, aku  ingin dengar kata-kata semangat drpd  Rasulullah s.a.w. sendiri.."
    Kemudian beliau  pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di  baringkan di sana  . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2  yg lain  agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak.  Malah  mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi  kiranya  ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah,  ketika  tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.  Beliau  sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya  diqiam  seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik.  Beliau  terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di  sekitarnya.
    Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang  bercahaya dari  arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari  beliau.  Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan.  Beliau  tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati   beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh   kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian,   Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.."   Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain   serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata   Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas  bahu  Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil  masjidi"  (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..  Allahuakbar!
    Kemudian Baginda Nabi  s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala;  "InnaAllahama' assobirin"  (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).  Ketika mendengar suara  Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema  suara merdu Nabi di seluruh  alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik  kejadian dan diciptakan dgn penuh  kesempurnaan. Nabi katakan (dalam  lughahl arab, tp diterjemahkan di  sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat  kesabaran enti, dgn sakit yg enti  tanggung selama ini, dan dgn berkat  Al-Quran yg enti pelihara di dlm  hati, maka Allah bukakan hijab utk  enti nampak ana.." Ketika Nabi  menyebut Ya Syamimi, terlintas di  hatinya "Ya Allah..Baginda kenal  ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika  itu, beliau dapat merasakan baiknya  Allah, memberikan nikmat yg begitu  besar buat dirinya.
     Kemudian Nabi  katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2  seperjuangan Islam.  InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi  s.a.w. kemudian  melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau  nampak jelas Nabi  menangis saat itu. Beberapa titisan airmata  Baginda  yg suci mengalir  utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah  pergi. Beliau  merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda  tetap pergi.  Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg  mulia, Baginda  kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri  tidak pasti,  apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau  mungkin saja  baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...
     Sedar daripada tidur  yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih  dikelilingi oleh rakan2 yg  turut terdengar rintihan beliau dalam  tidurnya "Jangan pergi Ya  Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan  kpd para sahabat tentang  mimpinya sekaligus menyampaikan salam  Rasulullah buat ummat Baginda.  Semua yg mendengar menangis lantaran  rindu pada Nabi. Rasa malu pada  Nabi krn kita jarang2 ingat pada  Baginda sedangkan kita amat terhutang  budi padanya. Lebih2 lagi kita  sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg  dikejar di akhirat kelak.
     Ya Allah..ketika  itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah  Alhamdulillah utk di  rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg  Allah berikan pada  dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah  dgn ujian yg hanya  sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh  Allah. Kiranya ada  kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti  akan beliau sebutkan  buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum  dalam Rahmat-Nya yg  melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di  tubuhnya. Cuma kali ini dia  bertekad tidak akan menangis lagi utk  kesakitan ini.
     Usai solat Zuhur,  rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah  beliau merasakan sakit  yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan  seluruh tubuhnya rasa  ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau  akan menangis dalam  menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau  pujuk diri utk tidak  menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini  berbanding nikmat yg  Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi  s.a.w.."
     Kemudian beliau  tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat  tinggi, tempat yg biasa  hadir sepanjang beliau menerima gangguan.  Beliau katakan "Ya Allah, apa  lagi yg hendak Engkau berikan buat  hambamu yg hina ni, rasa malu sangat  dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian  dgn izin Allah, datang empat orang yg  berpakaian serba hijau. Salah  seorang daripadanya mengatakan;  "Assalamu'alaikum Ya  Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu.  Kami utusan  Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini  Ummar  Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu  Bakr  memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak   sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar   dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg   agak kecil orangnya.
    Para Sahabat  mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk  membantu enti.."   Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah  Al-Baqarah yg  bermaksud:
 "Dan  mereka mengikuti  apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan  Sulaiman. Sulaiman  itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg  kafir, mereka  mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada  2 malaikat di  negeri Babylon  iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan  sesuatu  kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah  cubaan  (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari   keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang   (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang   dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu  yang  mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan  sungguh,  mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir)  itu, nescaya  tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh,  sangatlah buruk  perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir,  sekiranya mereka  tahu.."
     Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada   makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur   terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit   dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala   kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr   mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang   sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
     Selesai mimpi indah  yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus  duduk. Rakan2 sebilik  pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn  mudah . Kemudian  sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan  alhamduliLlah..dgn  mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar  bilik. "Ya Allah,  penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di  situ bergembira dan  menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk  berwudhu'. Dengan  tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah  s.w.t. "Ya Allah,  kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum  dapat diriku menjadi  hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau  berikan.."
     Beliau berpesan pada  kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi  yang mulia sanggup mati  demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi  rezeki melihat Nabi tak  sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup  berpisah dengannya. Kalau boleh,  nak duduk je di bilik untuk beribadah  pada Allah dan mengenang wajah  Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak  lagi taklifan dan tanggungjawab  kita atas muka bumi Allah ini, maka  hidup mesti diteruskan. Sekarang ini  hati akak tenang sangat..kalau  boleh, nak je akak pinjamkan hati ni  walau hanya sesaat agar adik2  dapat merasakan betapa beningnya hati ini.  Tapi itu tak mungkin kan  , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya  Yang  Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita  bersabar..."
p/s: sunGguh...berderaian  air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah  ini dinukilkan  oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah  dilalui..pernah  disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..aku  hanya memaparkannya  kembali buat renungan bersama, s.m0ga ada hikmah pGajaran yG dapat diambil)


No comments:
Post a Comment