Persoalan di atas akhirnya terjawab apabila saya bertemu dengan artikel ini sebagai menguatkan lagi keyakinan saya tentang "Hari Kebangkitan".Credit to http://grenbara.bravejournal.com/entry/27798
Menurut kefahaman dalam agama Islam semua bani manusia akan dihidupkan dan dibangkitkan semula pada hari pembalasan. Apabila seseorang manusia itu mati dan telah dikuburkan maka tubuh serta jasad manusia akan mereput dimamah cacing dan ulat sehingga yang tinggal hanyalah tulang - belulang yang berserakan. Namun menurut janji Allah manusia akan tetap dihidupkan dan dibangkitkan semula dalam rupa bentuk fizikal seperti kehidupan di dunia.
Allah SWT telah berjanji bahawa pada Hari Kiamat kelak Allah SWT akan mengumpulkan kembali segala tulang - belulang biarpun dari mana sahaja ia berada walaupun tulang - belulang tersebut telah menjadi atom atom, zarah, abu mahupun debu - debu yang halus.
Seorang sahabat nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Adwi Ibnu Abi Rabiah telah bertanya : Adakah selepas kematian ini ada kebangkitan semula? Dan bagaimanakah Allah SWT akan mengumpulkan tulang belulang selepas ianya sudah bertukar menjadi habuk?
Maka Allah SWT telah berfirman melalui maksud ayat Surah Al - Qiyamah ayat 3& 4 di bawah yang bermaksud :
"Patutkah manusia(yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
"Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan kami berkuasa
menyusun dengan sempurnanya segala tulang - tulang jarinya,
dan tulang yang lebih halus dari yang lain".
Ternyata kehebatan dan keagungan Allah SWT dalam mengembalikan rupa asal manusia hatta sekalipun sehingga rupa asal jari jemari dan urat urat jari yang kita kenali sebagai cap jari.
Kekuasaan Allah dalam membangkitkan manusia tiada batasan. Sedangkan anggota manusia yang paling kecil iaitu hujung jarinya dapat Allah seragamkan apatah lagi anggota badannya yang lebih besar.
Merujuk ayat diatas lafaz banaanah ertinya ‘hujung hujung jarinya.’ Di khaskan penyebutannya disini adalah untuk menunjukkan betapa rupa bentuknya yang sangat ajaib. Begitu halus dan terlalu rapi serta teliti buatan tuhan di samping terdapat rajah dan jaluran yang pelbagai jenis.
Kekuasaan dan kebesaran Allah tampak jelas terpancar apabila rajah dan jaluran jari jemari setiap orang ini tidak sama antara satu dengan yang lain. Lantaran perbezaan inilah zahirlah hikmah penciptaan tuhan iaitu untuk dijadikan pengenalan diri seseorang yang menjadi teras penyelesaian banyak masalah yang melibatkan cap jari dan kemanusiaan.
Dalam ayat ini Allah SWT telah menerangkan bahawa manusia akan dibangkitkan dan dikembalikan rupa bentuk jasad tubuh badan milik manusia bermula dari sebesar - besar tulang anggota tubuh badan sehinggalah sekecil - kecil tulang termasuk jalur - jalur yang ada di hujung - hujung jari manusia. Tulang jari dan segala daging di jari serta cap jari akan dikembalikan dalam rupa asal. Inilah beberapa bukti dan keterangan kepada manusia yang mengingkari hari kebangkitan.
p.s - saya telah bertanya dengan ramai orang tentang persoalan ini.Kebanyakannya mengatakan bahawa kita akan dibangkitkan di dalam bentuk roh.Saya pula berkeyakinan sejak kenal agama Islam bahawa kita akan dibangkitkan dalam bentuk jasad dan roh.Kerana sebelum2 ini saya pernah membaca tafsir bagaimana Allah berfirman tentang kulit yang dijadikan berkali2...tentang anggota tubuh yang akan berbicara...dan seringkali saya menggunakan kaedah logik mencari jawapan persoalan ini.Ibarat orang yang sakit kepala...dimana sakitnya jika jasad tidak merasa...tetapi agak keliru bila ada yang mengibaratkannya seperti mimpi...ada logiknya...jika kita bermimpi buruk...perasaannya tetap ada dan sakit...tetapi lebih sakit dan kepenatan apabila bangkit dari mimpi tersebut.Tapi jika sudah ada ayat Quran yang membenarkan kedua-dua jasad-dan roh akan dihidupkan semula.Saya akui kebenarannya.Jika ada jawapan yang lebih baik...sayalah orang pertama yg menunggunya.Wallahualam.

No comments:
Post a Comment