Sunday, 21 August 2011

Tanggal 21 ogos 1969 sejarah hitam yg melukakan hati umat ISLAM sepanjang ZAMan..


Tanggal 21hb Ogos..
adakah ia mengingatkan anda tentang sebuah peristiwa yang amat

 penting terutamanya untuk umat Islam?
Sesungguhnya, TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang 
amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, 
Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC
 lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan iNI
 tercetus?
Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia
 bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa.
 Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar
 (mimbar Solahuddin).
Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh
 Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba
 juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan
 Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.
Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.
Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya
 dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.
Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan
 atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu,
 negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan 
tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.
Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai
 Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati 
tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.
Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling
 menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa
 yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.
Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh
 dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan 
Rohan, pada 21 ogos 1969. Begitulah nasib Tanah suci umat Islam
 yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.
Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan 
hal-hal Palestin.
Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang 
dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana,
 kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam.
 Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi 
bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam sepert
i yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.
Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan
ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu 
sama-sama dibela dan diperjuangkan.
Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah 
merampasnya daripada tangan umat Islam.
Pembelaan Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda 
umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.
Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati 
Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan
 yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.
Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang
 isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta
 soal penindasan di Masjid Al-Aqsa.
Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman 
yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan 
bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.
Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa 
sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa,
 kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar
 dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara haram oleh
 rejim Zionis.
Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia 
tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat 
sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, 
efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.
wallahu a'lam...


Thursday, 18 August 2011

LAILATULQADAR...... MALAM YANG DINANTI OLEH SETIAP MUKMIN

....

Assalamualaikum.......

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya" Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia. Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku. 

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Saudaraku Sekalian....

Lailatul qadar adalah satu anugerah Allah yang sangat besar kepada umat islam. Kita melakukan ibadah pada (malam) lailatul qadar kerana ingin mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah. Kita hendaklah meyakini sepenuhnya akan ketibaan (malam) lailatul qadar  ini. Lailatul qadar akan dapat kita jumpa jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk bertemu dengannya.
Kita tidak mengetahui bila akan berlakunya (malam) lailatul qadar ini. Tapi kita hendaklah melakukan persediaan yang secukupnya bagi bertemu dengan (malam) lailatul qadar ini pada satu malam diantara 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Lailatul qadar ini adalah lebih baik daripada malam-malam yang lain dengan mendapat pahala seperti melakukan ibadah selama 1000 bulan.
Sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan melakukan amal ibadah dengan penuh keikhlasan pada (malam) lailatul qadar bagi mendapatkan keberkatan yang ada pada malam ini. Semoga segala amal ibadah yang kita lakukan pada (malam) lailatul qadar ini akan diterima dan diberkati oleh Allah....Insyaallah...

Wednesday, 17 August 2011

Sejarah Penurunan Al-QuR'an

Salam....


Sejarah penurunan al-quran merupakan satu detik sejarah yang perlu diketahui oleh setiap individu muslim yang beriman.Al-quran merupakan satu mukjizat yang terbesar kepada nabi Muhammad S.A.W yang akan kekal abadi hingga hari qiamat.Ia menjadi satu kegemilangan dan keagungan kepada umat islam keseluruhannya.

Perantaraan bagi penurunan al-quran ini ialah Jibril a.s yang ditugaskan untuk membawa wahyu kepada para nabi dan rasul.Penurun ini memakan masa selama 23 tahun,iaitu 13 tahun diMekkah dan 10 tahun diMadinah.Peristiwa ini telah diterangkan oleh Allah S.W.T. didalam surah As-Syura ayat 192-195:

Bermaksud:"Sesungguhnya Al-Qur'an adalah diturunkan oleh Allah tuhan sekelian alam.Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah kedalam hatimu.Supaya engkau(wahai muhammad)menjadi seorang pemberi ajaran dan amaran kepada umat manusia,ia diturunkan dalam bahasa arab yang fasih serta terang dan nyata".

Al-Qur'an merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. dan bukanlah satu rekaan dari nabi Muhammad S.A.W. sebagaimana yang telah didakwa oleh musuh2 islam.Tuduhan ini adalah tidak benar sama sekali,kerana keindahan Al-Qur'an bukan satu tahap yang mampu direka atau dicipta oleh manusia,mahu pun jin,jika mereka mahu mencabar kehebatan Al-Qur'an,maka kumpulkanlah sebanyak mungkin mereka yang hebat2,namun sudah pasti mereka tidak akan mampu untuk melakukannya.Cabaran ini telah dijelaskan dalam surah Al-Isra' ayat 88:

Bermaksud:"Katakanlah,sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa dengan Al-Qur'an ini,nescaya mereka tidak dapat membuat yang serupa dengannya,sekalipun mereka jadi pembantu bagi sebahagian yang lain."

Al-Qur'an adalah kitab yang tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan kita.Tanda kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. semakin terserlah dengan kehadiran Al-Qur'an kerana pastinya kehadiran Al-Qur'an menjadi pemisah antara yang haq dan yang bathil.Orang yang beriman pastinya merasa gembira dengan kehadiran Al-Qur'an,kerana ia akan memberi khabar gembira dan mereka juga akan mengamalkan segala yang diperintahkan tanpa rasa ragu,namun bagi mereka yang ingkar dengan ajaran Allah sudah pasti ia tidak akan merasa takut,mereka hanya berpura-pura dan makin bertambah kekufuran mereka.Kisah ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam surah At-Taubah ayat 124 yang bermaksud:

"Dan apabila diturunkan satu surah Al-Qu'ran maka diantara mereka(orang munafik) berkata siapakah diantara kamu yang bertambah imannya dengan turunya ayat ini? Ada pun orang yang beriman,turunnya surah ini menambahkan imannya sedang mereka merasa gembira."

Al-Qur'an bukan sekadar dijadikan hiasan,bukan dijadikan bahan simpanan yang memenuhi ruang almari dan rak2 kita,tetapi Al-Qur'an perlu dibaca dan diamalkan isi kandungannya.Selain menjadi penyembuh segala penyakit,Al-Qur'an juga satu perkara yang paling besar hikmatnya,ia memberi rahmat dan petunjuk kepada hati setiap orang yang beriman.Firman Allah S.W.T. didalam Surat Yunus ayat 57:

Bermaksud:"Wahai sekalian manusia,sesungguhnya telah datang kepadamu satu pengajaran dan nasihat dan tuhanmu dan penyembuh apa yang ada didalam dada,lagi petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman".

Bagi yang mengamalkan bacaan Al-Qur'an didalam kehidupan sehari-harian,sebenarnya bukan sahaja ia memberi kebahagian dan keterangan didunia,tetapi ia juga memberi syafaat diakhirat nanti.Hadis nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh imam muslim menjelaskan:

Bermaksud:"Bacaan Al-Qur'an,sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat nanti sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya."

Al-Qur'an perlu ditadabbur dan dipraktikkan dalam kehidupan.Adalah menjadi perkara yang mudah untuk mengamalkan dan mempraktikkan Al-Qur'an dalam kehidupan,antaranya melalui doa harian yang kita baca setiap hari,doa menaiki kenderaan dan kebaikan dunia dan akhirat,doa menuntut ilmu,doa penerang hati,doa ditetapkan iman,dan berbagai lagi doa yang perlu kita amalkan.Selain dari itu cara mempraktikkan Al-Qur'an ialah dengan cara selalu mendengar bacaan Al-Qur'an sama ada melalui radio ataupon kaset,mendampingi ahli Al-Qur'an,menghadiri kuliah dan ceramah agama,mengikuti kelas Al-Qur'an,halaqah,tadarus dan Al-Qur'an.

Hasil dari sikap ini,sudah pastinya akan memberikan kehidupan yang lebih baik,jiwa kita semakin tenang,rezeki akan bertambah serta berkat dan yang paling utama kita akan digolongkan kedalam golongan orang yang mendapat syafaat,Insyaallah......

Kesan bagi mereka yang meninggalkan Al-Qur'an dalam kehidupan akan membawa kepada kehidupan yang sempit dan susah.Tanpa Al-Qur'an kehidupan akan penuh dengan kelalaian dan alpa dari mengingati Allah S.W.T.Kehidupan manusia akan sering sahaja mendahulukan perkara keduniaan dan menganggap segala apa yang diperolehi adalah hasil daripa usaha sendiri.Mereka tidak mengetahui bahawa itu sebenarnya adalah dengan kehendak Allah S.W.T.Bagi mereka ini Allah S.W.T. akan membalas kelalaian mereka dan akan dibangkitkan oleh Allah dihari qiamat dalam keadaan buta.Firman Allah S.W.T. dalam surah Taha ayat 124:

Bermaksud:"Dan siapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk,maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan kami(Allah) akan menghimpunkan dia pada hari qiamat dalam keadaan buta."

Kesan yang kedua pula ialah manusia akan menjalani kehidupan didunia ini mengikut acuan hawa nafsu dan syahwatnya secara melampau.Mereka tidak sedar bahawa ia akan kembali menemui Allah S.W.T.Kelakuan dan akhlaknya tidak bersandarkan akhlak seorang Muslim.Nafsunya didorong oleh syaitan laknatullah yang akan membawanya kealam kesesatan,sedang kita sedia maklum bahawa syaitan dan nafsu itu merupakan musuh yang nyata.Sesungguhnya mereka inilah golongan yang berada didalam kesesatan.Firman Allah S.W.T. didalam Surah Maryam ayat 59:

Bermaksud:"Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang hina,yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsu,sedang mereka kelak akan menemui kesesatan.

Ketiga,mereka yang meninggalkan Al-Qur'an dalam kehidupan akan mendidikkan jiwa kepada sifat takabbur.Kehidupan mereka seolah-olah tiada kaitan dengan alam kematian dan hari kebangkitan.Ada golongan yang menolak kebenaran walaupun telah ditegur dan sebaliknya mendewa-dewakan kerosakan,mereka adalah orang yang tersesat dari jalan kebenaran.Firman Allah S.W.T. didalam surah Al-A'raf ayat 146 yang bermaksud:

"Aku akan memalingkan(hati) orang2 yang sombong takbur dimuka bumi dengan tiada alasan yang benar dari(memahami) ayat-ayatku(yang menunjukkan kekuasaanku) dan mereka(yang bersifat demikian) jika melihat sebarang keterangan(bukti) mereka tidak beriman kepadanya,dan jika mereka melihat jalan (yang membawa kepada petunjuk),mereka tidak mengambil sebagai jalan yang dilalui,sebaliknya jika melihat jalan kesesatan,mereka terus mengambil sebagai jalan untuk dilalui.Yang demikian itu kerana mereka mendustakan ayat2 kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya." happy...sekiann..Wassalammm...

Tuesday, 16 August 2011

RaMaDaHaN....BuLaN tArBiAh.....

SALAM....



Ramadhan yang menjelang menjanjikan 1001 macam jenis tarbiah dan kesedaran. Di bulan yang penuh barokah inilah syaitan-syaitan di belenggu dan nafsu-nafsu dikekang. Sayugialah kita mengambil peluang keemasan ini untuk menimba ilmu dan pelajaran dari madrasah Ramadhan yang hanya muncul sebulan dalam setahun yakni sekali sahaja dalam setahun.

Antara tarbiah yang seharusnya dijadikan pakaian hidup ialah sifat "empathy", merasakan kesusahan dan penderitaan manusia yang lain di dalam diri kita. Kesukaran menahan lapar dan dahaga, juga menahan kemhuan duniawi, seharusnya berjaya mendidik kita untuk merasai penderitaan dan kedaifan insan lain yang kurang bernasib baik dari kita. Sifat ini tidak akan dapat dirasai seandainya kita menjalani ibadah puasa tanpa ada rasa tawaddhuk dan hina diri kepada Allah. Seandainya dalam timbangan perasaan kita, Ramadhan yang ke ini masih belum berjaya menjadikan kita insan yang tawadhuk dan empathy, maka usahakanlah dengan segera agar sisa-sisa baki Ramadhan ini dapat dimanfaatkan untuk mendidik hati kita. Kerana kedua-dua sifat inilah yang bakal membantu kita mengungkai dua sifat mazmumah yang bersarang dalam diri kita iaitu sifat ujub dan riyak.

 Sifat mazmumah inilah yang menghalang kita untuk berlaku tawadhuk dan rendah diri sesama manusia. Sifat mazmumah inilah yang menjadikan diri kita suci bagai insan yang telah dijamin syurga lantas kita memandang hina dan berburuk sangka kepada manusia yang lain. Sifat mazmumah inilah yang menjadikan kita tertipu dalam ibadah kita. Dan yang paling malang, sifat mazmumah inilah yang bakal menjadi asbab untuk kita dicampakkan ke dalam neraka. Wal iyazubillah.

Kepada sahabat yang amat aku hargai persahabatan ikhlas kalian. Mungkin Idilfitri yang bakal menjelang ini akan kita sambut dengan gelak hilai tawa anak-anak, saudara-mara, handai taulan. Tetapi ingatlah, dalam kegembiraan dan kesenangan kita meraikan hari lebaran sambil diulit dendangan lagu raya, ada diantara kita yang meraikan hari lebaran dengan kesedihan dan kesyahduan. Kehidupan mereka yang daif, serta perginya insan yang tersayang, menjadikan hari lebaran merupakan hari yang hambar. Malah tak mustahil jika aku perkatakan, hari lebaran merupakan hari kesedihan dan tangisan buat mereka. Kerana di hari itulah kenangan bersama insan tersayang datang mengundang. Sang isteri terasa kekosongan dan anak-anak hilang tempat bermanja. 

Jadi, marilah kita bersama-sama membuktikan sifat ukhwah Islamiah yang sering kita canangkan dan perkatakan di email, posting, chat room dan conference. Buktikanlah rasa ukhwah Islamiah ini wujud dalam diri kita. Hulurkanlah bantuan dan sedekah jariah buat mereka, agar kedukaan mereka terubat sedikit dengan rasa kasih sayang ukhwah yang sahabat-sahabat semua tunjukkan.....


Ayuh rebut peluang yang masih ada......

WASSALAMM......

Monday, 15 August 2011

Jadikan Buah Lemon Itu Minuman Yang Manis



~Tambahkan masam dengan yang manis agar ia menjadi nikmat  yang dapat ditelan - itulah rencah kehidupan~

Sekadar perkongsian yang diharapkan bermanfaat bersama. Petikan dari La Tahzan, karangan Dr. Aidh al-Qarni.


Orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang yang bodoh akan membuat suatu musibah menjadi bertumpuk dan berlipat ganda.


Ketika Rasulullah s.a.w diusir dari Makkah, beliau memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berhasil membangunnya menjadi sebuah negara yang sengat akrab di telinga dan mata sejarah. 

Ahmad Ibnu Hambal pernah dipenjara dan dihukum dera, tetapi kerananya pula ia kemudian menjadi imam salah satu mazhab. Ibnu Taimiyyah pernah dipenjara, tetapi justeru di penjara itulah ia banyak melahirkan karya. As-Sarakhsi pernah dikurung di dasar sumur bertahun-tahun, tetapi di tempat itulah ia berhasil mengarang buku sebanyak 20 jilid. 

Begitulah, ketika tertimpa suatu musibah, anda harus melihat sisi yang paling terang darinya. Ketika seseorang memberi anda segelas air lemon, anda perlu menambah sesendok gula ke dalamnya. Ketika mendapat hadiah seekor ular dari orang, ambil saja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain. Ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahwa sengatan itu sebenarnya memberikan kekebalan kepada tubuh anda daripada bisa ular. 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu.
(Surah Al-Baqarah: 2;216)

Nota Tambahan:

Ya, entah kenapa kadang-kadang terfikir sendiri bahawa saya suka minum air sirap limau yang seimbang masam dan manisnya. Limau tanpa gula akan hanya ada masamnya, namun, kitalah yang menjadikan ia manis dengan menukar rasa masam menjadi sesedap minuman bersama gula.

Lalu, marilah kita kembali kepada-Nya. Kerana kita hanya bahagia bila Allah bersama kita. Biarpun seluruh dunia ingin memusuhi kita, tidak akan ada walaupun satu jarum sekalipun yang mampu mencederakan kita tanpa izin Allah. Dan pasti apa yang dikehendaki oleh-Nya atas kita ada hikmah yang tersembunyi.


Dan yakinlah serta percaya bahawa orang-orang yang diuji itu adalah orang-orang yang dicintai oleh Rabbnya.

Dan apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan mendatangkan cubaan ke atas mereka. Dan barangsiapa redha dengan ujian itu, maka dia akan memperoleh keredhaan-Nya, dan barangsiapa membencinya, maka Dia akan memperoleh kebencian-Nya."

(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
Maka, apakah kita tidak suka jika Allah mengingati kita? Apakah kita tidak suka jika Allah mencintai kita? Tanyalah sedalam-dalamnya pada hati.

~Wahai Tuhan kami, cukupkan hati ini dengan-Mu~

Saturday, 13 August 2011

Rupa Kiamat - Bacalah, wahai sahabatku semua..kuatkan semangat untuk membacenye..


*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat
...
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Friday, 5 August 2011

Pencinta Bidadari


Sudah menjadi kelaziman apabila seseorang itu sudah dapat berfikir dengan baiknya bahawa dirinya mesti disayangi, ingin menyayangi dan mahu disentuh dengan sentuhan kasih sayang.
Seorang muslimin semestinya akan mencari pasangan hidup yang mampu melengkapi kekurangan hidupnya, mahu hatinya disentuh dengan kasih sayang seorang muslimah. Kerana seorang muslimin juga membesar dengan sentuhan seorang muslimah yang bernama ibu.
Ya, sentuhan. Hanya dengan sentuhan kita akan lebih merasa nikmat, akan lebih merasa kewujudannya, dan akan lebih merasa dialah kepunyaan kita. Perlu disentuh dan memegangnya dengan erat.
Sentuhan untuk merasa akan rasa kasih sayang, sentuhan apabila selesainya lafaz sakinah, ikatan yang halal.
Wanita solehah bayangan bidadari!
Women of Heaven
Apabila diceritakan akan Syurga, hati rasa bergetar, terus jatuh hati. Naluri berkata, terasa ingin membayangkan indahnya Syurga itu, akan tetapi bayangan itu semestinya salah.
Tatkala janji-Nya mula berbisik, suara mula memuji-Nya, apabila rasa rindu datang menyapa, hati terus terusik, Rasul-Nya menjadi pilihan sebagai pengubat rindu.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya." [Al-Waqiah : 35-37]
Ingin saya menjemput bidadari, sebagai pelengkap. Ingin saya menjemput bidadari agar dapat merasai nikmat Syurga kelak, agar dapat menemani di persinggahan dunia.
Ingin saya menjemput bidadari supaya perjuangan menuju akhirat ada kekuatan. Menjemput bidadari agar bidadari ini dapat bersama di Syurga sana. Moga dialah bidadari terhebat. Ameen ya Allah.
Sering diceritakan keindahan Syurga, bidadarinya begitu cantik, menarik dan mempersona. Jika mahukan Syurga, jadilah pencinta bidadari. Itu kesimpulan saya pada mulanya.
Namun tercatat sudah kata ulama, wanita Syurga itu cantik, tetapi wanita dunia yang dikurniakan Syurga itu lebih cantik daripada bidadari Syurga. Tercatat sudah bahawa wanita solehah akan dijadikan ketua bidadari.
Ya, wanita dunia itu lebih cantik daripada bidadari Syurga, wanita solehah pasti dikurniakan ganjaran Syurga.
Wanita solehah menjadi ketua bidadari semestinya ketua merupakan yang terbaik dalam kalangan yang lain.
Teruja bukan? Bagaimanakah pula dengan wanita-wanita di dunia kini? Ibu, kakak dan adik perempuan kita, saudara perempuan kita, mudah-mudahan kitalah pendorong mereka dalam menerangi laluan ke Syurga.
Wanita Solehah
"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."
Impian saya adalah wanita solehah. Menjemputnya agar menjadi bidadari. Bidadari bila tiba waktu akan saya temui. Ya Allah, izinkan aku menjemput bidadari untuk menuju-Mu mengisi hari.
Bidadari yang menyentuh hati, teguhkan nurani.
Bidadari yang menyapa jiwa, yang memberikan makna.
Bidadari yang menemani resah.
Bidadari yang menenangkan jiwa.
Bidadari jadilah sang setia.
Kerana cinta yang suci tidak akan pernah sepi dengan keindahan rasa cinta, bidadari yang memberi harapan saat jatuh agar bangun semula. Sekali rebah sejuta kali dirimu bangunkan, dan memberikan saki baki cintanya sebagai penawar di dunia. Menanti cinta yang kekal abadi hanya di Syurga.
Wanita solehah sebagai penentu bicara kerana wanita solehah lebih berharga dari segala-galanya. Wanita solehah semestinya bukan sembarangan insan yang mampu mencintainya. Bukan sebarangan insan dapat dicintainya.
Insan yang paling wajar untuk mencintai wanita solehah juga semestinya lelaki soleh. Soleh dan solehah satu gabungan yang baik. Semestinya tidak enak jika wanita solehah dikotori apabila disentuh dengan tangan-tangan lelaki yang ingkar.
Seperti mencari kemanisan Iman, amal ibadah yang sering dikerjakan siang dan malam tidak akan pernah merasa kemanisannya jika amalan yang baik dihadirkan juga dengan perkara mungkar.
Bagaikan minuman air oren yang dicampur dengan serbuk kopi, pasti kemanisan yang diimpikan dari khasiatnya oren tidak akan dapat. Cuma rasa campuran rasa yang tidak bernama. Rasa oren pun tidak, rasa kopi pun tidak. Islam itu sempurna, jangan pula dicampuri dengan perkara yang menjadikan kita rasakan tidak sempurna.
Wanita solehah dan lelaki yang soleh semestinya gandingan yang baik. Digandingkan di dunia dan bergandingan menuju akhirat. Manis dan indah bukan, begitulah tingginya hasrat di hati.
Rasailah keindahan bercinta yang sejati tanpa sangsi dan curiga kerana wanita soleh kelak di Syurga akan menjadi bidadari, bahkan lebih cantik dari bidadari.
Jadi moga terbina jalinan cinta hingga ke akhirat, bercinta hingga ke Syurga.
Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi Muhammad S.A.W, katanya di dalam sebuah hadis yang panjang: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin". Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?"Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning... (hingga akhir hadis)" [Riwayat al-Tabrani]
Lelaki Soleh
Qudwah hasanah, contoh ikatan yang terbaik, semestinya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, Rasulullah merupakan tokoh sepanjang zaman yang telah berjaya menggilap rasa perhambaan umat manusia kepada Allah pada zaman jahiliyah dahulu.
Rasulullah S.A.W, ketokohannya perlu dicontohi oleh pemuda Islam sekarang, Rasulullah yang telah merubah hati-hati umat ketika zaman jahiliyah yang kegersangan tanpa cinta sejati. Apabila kuatnya rasa perhambaan kepada Allah, maka mudahlah hati dapat menerima janji-janji pasti dan perintah-perintah penuh hikmah dari Allah S.W.T.
Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah telah mengangkat martabat kaum wanita ketika itu, dari dipandang hina ke satu kedudukan yang sangat istimewa di sisi Islam. Ajaran yang dibawa Rasulullah telah berjaya menambat hati pemuda ketika itu, telah berjaya mengubah budi pekerti kaum lelaki.
Timbullah rasa tanggungjawab di hati pemuda Islam ketika itu, dari zaman penuh kegelapan berubah kepada zaman kegemilangan Islam yang bercahaya. Sedar akan kedudukan dan tanggungjawab masing-masing di sisi Islam. Bagaikan suluhan cahaya datang menerangi. Menyuluh setiap celahan kegelapan.
Ketika itu walaupun umat Islam dipukul resah, namun wahyu Allah diperdengarkan terus dari Rasulullah. Tiada keresahan tiada lagi amalan zaman jahiliyah yang pastinya ketika itu sangat menzalimi sesama sendiri.
Kaum wanita dikagumi jasanya, terus menerus kaum wanita menyambung untaian talian cinta berbanding diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Lelaki yang soleh tiada mengenal erti kegagalan dalam menuntut kemuliaan Allah di dunia dan akhirat, kerana lelaki soleh tidak dayus membiarkan saudara perempuannya keluar dari rumah tanpa perlindungan hukum Allah, tubuh badan kaum wanitanya diselimuti dengan helaian kain yang sudah disyariatkan.
Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad S.A.W menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah S.A.W telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada kedua ibu bapa mereka.
Salah satu tanda kasih Baginda S.A.W terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya kepada ahli keluarga. Rasulullah S.A.W sendiri menjadikan diri dan keluarga Baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Orang mukmin yang paling sempurna Imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya." [Riwayat Abu Daud dan Tirmizi]Lagi sabda Rasulullah S.A.W: "Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi." [Riwayat Abu 'Asakir]
Teguhkan hati usahlah engkau ragu wahai lelaki soleh, berzikirlah sebanyak mana yang engkau mahu agar wanita solehah tetap akan menjadi suri. Telah diciptakan lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik dan juga sebaliknya, usahlah engkau ragu lagi.
Kau Bidadari Terhebat
Inilah bidadari Syurga.
Hidupnya dipenuhi dengan amalan rasa keimanan yang mampu memenuhi relung hati dengan cinta Ilahi. Kecantikannya tidak dibanggakan, keayuannya tidak pernah diserlahkan agar tidak mencedera jiwa kaum adam. Senyumannya adalah sedekah paling mudah, tiada rasa terhutang budi. Senyumannya tidak disalah guna.
Kecantikannya merupakan satu nikmat yang perlu dijaga, kecantikannya merupakan amanah yang berperanan agar dirinya bertambah malu, malu dari melakukan mungkar. Agar dirinya berserah sepenuhnya kepada Ilahi. Kecantikan sebenar adalah pada akhlaknya, ketulusan hatinya yang tersembunyi itu.
Wanita solehah, bagaikan permata, permata yang disimpan rapi. Apabila dilihat cantik dipandang dan menyejukkan hati dengan keindahan akhlaknya, apabila sudah diikatkan dengan ikatan yang halal. Maka makin menjadi keharuman akhlaknya itu, dan akan menjadi lebih cantik lagi selepas itu. Sesungguhnya, seperti permata yang dijadikan tatapan mata pada zahirnya. Itulah yang sebaiknya.
Al-KHAWARIZMI
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0".
Wanita solehah tidak pernah membisikkan rasa sayu, tidak pernah rasa keresahan jika tidak pernah didambakan oleh mana-mana lelaki. Tetapi hanya mendambakan cinta Ilahi yang diutamakan. Keindahan rupa paras yang mempersona tidak pernah terhakis dengan hasutan Syaitan. Keaiban diri sendiri tidak digayakan. Keindahan susuk tubuhnya ditutupi mengikut syariat, keindahan itu dijaga.
Wanita solehah itu tidak pernah menghiraukan akan balasan atas segala kebaikan yang diberikannya, tetapi keikhlasan di hati itu yang dijaga. Keikhlasan di hati yang tidak ada sesiapa yang dapat dijangka, kerana tiada siapa tahu apa ada di hati kecuali Ilahi. Erti hidupnya hanya pada memberi. Suka berada di bawah, kerana yang di bawah hanya perlu meminta, meminta pertolongan Ilahi.
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di malam yang amat kelam. Ia wujud tetapi amat sukar dilihat. Hidup biarlah berbakti walaupun tidak dipuji.
Erti perhambaannya hanya pada merindu yang Esa. Rindunya dihulurkan kepada yang pasti membalas. Rindunya tidak diberikan pada yang lemah. Lukisan rindunya penuh bermakna, dilukis dengan amalan redha Ilahi. Mengalir mutiara suci di pipinya sambil mulut berzikir mengagungkan-Nya.
Wanita solehah yang gemersik suaranya, indah lantunan suaranya dikuatkan kepada anak-anak bangsa, dakwah itu kebebasannya. Suara emasnya hanya menyampaikan Islam. Suaranya untuk kebenaran dan berhujah menentang kebatilan. Kepahitan memperjuangkan kebenaran tetap diperjuangkan kerana sudah terselit rasa di hati akan kemanisan di puncak kebenaran.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik." [Surah Al-Ahzab: 32]
Wanita solehah itu sejati, sejati dalam memperjuangkan maruahnya, malunya dijadikan perisai terhebat, dirinya tidak pernah jatuh dengan tawaran cinta yang sia-sia. Malunya akan disimpan rapi. Hanya akan ditunjukkan kepada insan yang halal baginya.
Malunya di dalam bekas yang cantik atas bayangan bidadari Syurga. Hanya sekali-sekala dibuka malunya untuk insan yang tertentu sahaja, dan bukannya untuk tatapan umum. Jika malunya selalu didedahkan, nescaya akan tercemar. Itu hanyalah kaca, yang akan pecah bila-bila masa sahaja, dan tidak akan terjamin keselamatannya.
Pecahnya kaca itu maka jatuhlah maruahnya, serpihan kaca akan mencalarkan sesiapa sahaja yang berdekatan.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Apabila kau hilang malu lakukanlah segalanya."[Riwayat Abu Daud]
Wanita solehah bukan dilihat dari kegelisahannya ditawarkan cinta sia-sia di tepi jalanan tetapi dilihat dari kegelisahannya jika mengundang insan lain tergoda.
Wanita solehah itu bukannya dipandang pada besarnya ujian dan sengsara yang ditempuh, tetapi wanita solehah itu dilihat pada bagaimana menggunakan setiap ibrah dari segala ujian agar dikuatkan lagi Imannya dalam menempuhi ujian tersebut.
Tidak pernah meminta dikecilkan ujian, tetapi sentiasa memohon agar dikuatkan Iman supaya dapat menempuhi ujian yang mendatang. Wanita solehah itu tidak berbangga dari sifat mesranya dalam pergaulan, tetapi indahnya dilihat dari sejauh mana kemampuan menjaga kehormatannya dalam pergaulan.


"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan    mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya." [Riwayat Al-Bazzar]
Cinta Sampai Syurga
Bila masanya tiba nanti semua akan bertemu dengan yang Maha Esa. Adakah ia menjadi penamat segalanya? Tidak sama sekali kerana kita mempunyai dua pilihan iaitu Syurga atau Neraka. Hanya dua pilihan tidak lebih. Pasti semua mahukan nikmat Syurga.
Tiada pilihan ketiga, namun dua pilihan inilah yang selalunya disalah pilih. Antara ingkar dan patuh dan antara benar dan salah, antara madu atau racun.
Di setiap nafas kadang kita terlupa bahawa kita ini milik Allah, terlupa dan terleka dengan nikmat dunia yang fana ini. Masih tidak sedar akan adanya kehidupan akhirat yang kekal abadi kelak.
Musafir di bumi cinta yang sedang luka ini, penuh penipuan dan tipu daya. Apabila di persimpangan jalan hidup kadang tidak tahu untuk memilih persimpangan mana yang membawa ke Syurga, pada-MU jua kami bersujud dan berserah.
Ya, cinta sampai Syurga, cinta di puncak-puncak ketinggian, tidak ada sesiapa pun yang mahukan cintanya hanya sebentar. Pasti mahukan yang berkekalan bersama yang tercinta. Jika pasangannya sudah lebih awal bertemu yang Maha Esa, mohonlah dan berusaha agar dipertemukan di Syurga kelak.
Ya, kerana wanita yang solehah itu lebih cantik dari bidadari Syurga dan wanita dunia yang solehah itu akan dijadikan ketua bidadari, siapakah yang akan menjadi ketua bidadari? Jawapannya wanita dunia sekarang ini, siapa? Ibu, saudara perempuan kita dan pastinya mahukan isteri, isteri yang tercinta. Mahukan cinta yang berkekalan sampai Syurga, di sana cintanya berkekalan.
Kekal abadi itu kehidupan yang dijanjikan Allah. Itu janji yang pasti. Ya, mari bergandingan ke Syurga. Binalah syurga rumahtangga dahulu di dunia agar dapat merasai nikmat Syurga bersama. Institusi kekeluargaan yang berjaya pasti akan menghasilkan kedamaian dunia yang sempurna dengan berlandaskan syariat Islam.
Peluang Beramal
"Setiap nafas yang baru kita sedut adalah peluang untuk kita meraih janji-janji Allah S.W.T, walaupun hanya beberapa saat." (Azmi Bin Bahari)
Mahu berkekalan cinta dunia hingga ke Syurga, itu matlamatnya. Mana ada cinta jika tiada rindu, mana ada kasih jika tiada sayang, untuk apa cinta jika tidak sudi, untuk apa kasih jika tak memberi.
Mana ada cinta jika tiada janji ke Syurga, mana ada kasih sayang jika tiada kehidupan yang diredhai. Untuk apa cinta jika tidak ke Syurga, untuk apa kasih jika mengamalkan cinta terlarang bila rahmat Allah tebar melayang.
Moga cintanya sampai Syurga. Kata putusnya bercintalah sampai ke Syurga, di sana abadi. Tiada manusia yang melemparkan insan yang disayanginya ke lubang Neraka.
Cintalah yang sebenarnya, binalah Baitul Muslim yang sebenarnya, mahu bina masjid, tapi jangan membina masjid dengan binaan batu bata curi. Adakah masjid itu akan terbina bersama rahmat Allah?
Pencinta Bidadari 
Bidadari.. ya, buruk dan baik itu ketentuan Allah, kitalah jua yang memilihnya. Amalan yang baik membawa ke Syurga, amalan buruk semestinya menempah Neraka. Hanyalah Iman, amal dan juga takwa menjadi bekal di dalam hidup kita.
Ibnul Qayyim R.A berkata: "Jika ia memasuki istananya – yakni wanita penghuni Syurga dari penduduk dunia – segala sesuatu di Syurga menjadi terang, dan jika ia berbicara dengan suaminya, suaminya akan terbuai hingga lupa pada Syurga, dan terpaut dengan isterinya."
Ayuh, raikan rasa cinta penuh kebahagiaan di Syurga! Bayangan kata-kata nikmat Syurga idaman telah digambarkan, agar kita membisikkan kerinduan, timbulnya keinsafan dan rasa pengharapan pada Syurga-Nya. Mari buktikan kecintaan kepada-Nya.

nasyid hiburanku