Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada
lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan
melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui
lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan
telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih
jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu
kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan
dari kepompong itu.
Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh
gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus
mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar
sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan
berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya
tinggal harapan.
Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya
merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut
dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang selama-lamanya…
Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa
kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk
membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui
kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam
sayap-sayapnya sehingga kupu-kupu itu siap untuk terbang dan memperoleh
kebebasan dari kepompong tersebut.
Kadang-kadang ujian dan perjuangan adalah suatu yang kita perlukan
dalam hidup kita. Jika Allah membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan
perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dengan ujian dan sentiasa
berharap kepada makhluk lain. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi
rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.
Kita mungkin tidak akan pernah dapat… terbang… jauh… Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati. Dan Allah memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal…
Kita memohon kebijaksanaan. Dan Allah memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.
Kita memohon kemakmuran. Dan Allah memberi kita akal, tenaga dan masa untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.
Kita memohon cinta dan kasih sayang. Dan Allah memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai demi mencari keredhaanNya.
Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati. Dan Allah memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti untuk kita gapai peluang yang ada.
Begitulah cara Allah membimbing kita.
Adakah jika kita tidak memperoleh apa yang kita idamkan, bererti bahawa kita tidak mendapatkan segala yang kita inginkan ?
Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita.
Adakala disebalik kejayaan yang kita pinta, kegagalan yang kita
perolehi kerana itulah yang terbaik bagi kita. Mungkin kerana kejayaan
itu bakal menjauhkan daripadaNya, bakal membuat kita lupa Pencipta,
bakal menjadikan kita hamba yang lupakan Tuannya. Mungkin juga dengan
kegagalan itu Allah mahu kita lebih dekat denganNya, mahu kita minta
lagi daripadaNya, mahu kita sentiasa mengingatiNya.
Carilah hikmah disebalik perancangan-perancangan Allah kerana hikmahnya itulah yang terbaik untuk kita.
"Ya Tuhanku,malam hanya terasa indah apabila berbisik kepada-MU, siang hanya terasa indah apabila mematuhi-Mu. Tiada kelazatan dunia kecuali berzikir kepada-MU. Dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaafan dari-Mu.Juga syurga tidak terasa indah kecuali dapat melihat-MU (Bisikan munajat Yahya b. Muaz Ar-Razi)

Monday, 28 January 2013
Tuesday, 22 January 2013
Exam....Masa Sibuk Atau Berehat?
Alhamdulillah, tamat sudah untuk semester
satu tahun 2 – Semua soalan telah selamat dijawab. Masih
tinggal beberapa minggu lagi sebelum semester dua bermula bulan depan.
Terasa dada ini begitu lapang sekali selepas berminggu-minggu
diselubungi dengan persoalan “aduh…tak study lagi nih..”.
Tentu ramai di kalangan kita yang sangat
cemas bila berhadapan dengan exam. Kita rasa seolah-olah di dalam dunia
ini kitalah orang yang paling sibuk mengejar masa. Minggu exam terasa
bagai berada di zon perang – masa makan kena limit, tidur ala kadar, tak
buka email, tak jawab telefon, dan ada yang sampai tak mahu ke masjid
untuk solat berjemaah – takut nanti perjalanan pergi dan balik masjid
akan membuang masa-masa berharga untuk study.

Begitu jugalah dengan program-program dakwah
dan tarbiyyah. Hampir semuanya ditangguhkan sementara waktu. Dauroh,
jaulah, mukhayyam tidak boleh diadakan pada waktu ini. Usrah pun mahu
dijadikan mangsa. Jika sebelum ini, usrah selama empat jam, musim exam
sudah diqasar kepada satu atau dua jam.
Akhirnya, saya terfikir – musim exam yang
baru berakhir ini, saya bersibuk atau berehat sebenarnya? Jika saya rasa
saya sibuk, boleh jadi saya akan berehat selepas ini. Jika saya rasa
saya berehat, maka sekarang masanya untuk kembali sibuk !
Semoga diri ini termasuk dalam kalangan mereka yang membantu agama Allah, agar nanti layak beroleh pertolongan dari-Nya.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong(agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (47:7)
Subscribe to:
Posts (Atom)